MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 02-2024

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 9hb Jun 2024 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-02/2024 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku pertama dan dan suku kedua bagi tahun 2024 serta membincangkan perancangan bagi aktitiviti ekonomi bagi tahun 2024 ini.

Turut hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI ini adalah En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi serta Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha serta Barisan Ahli Lembaga serta barisan Ahli Lembaga yang lain.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM TM MALAYSIA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 24hb Mei 2024 yang lalu telah berlangsung satu perjumpaan di antara pihak KOPUBI Perak Bhd dan Team Marketing TM Malaysia Cawangan Negeri Perak bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan ini adalah bagi membincangkan tawaran Pakej Digital Marketing Solution (DMS) yang ditawarkan oleh Pihak TM untuk memaju perniagaan Koperasi.

Mewakili perjumpaan ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman dan turut disertai oleh dua orang Anggota KOPUBI Perak Bd iaitu Saudara Mohammad Nafis dan juga Saudara Aiman masing-masing menjawat jawatan Juruaudit Dalaman Koperasi dan juga JK Penentusah Minit MAT KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA JURUAUDIT KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 10hb Mei 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman manakala mewakili pihak juruaudit luar pula adalah wakil daripada ARA Associates iaitu Tn.Hj. Abdrul Rahim dan Pn Nurul.

Untuk makluman semua, sebelum ini pada awal Januari pihak KOPUBI Perak Bhd telah bersetuju untuk melantik firma audit ini untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahun 2023 dan ini adalah sesi perbincangan berkaitan draf laporan pengauditan akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 01-2024

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 7hb Mac 2024 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-01/2024 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku keempat tahun 2023 yang lalu dan suku pertama bagi tahun 2024 serta membincangkan perancangan bagi aktitiviti ekonomi bagi tahun 2024 ini.

Turut hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI ini adalah En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi serta Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha serta Barisan Ahli Lembaga serta barisan Ahli Lembaga yang lain.

Baca Lanjut