KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 10hb Mei 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman manakala mewakili pihak juruaudit luar pula adalah wakil daripada ARA Associates iaitu Tn.Hj. Abdrul Rahim dan Pn Nurul.

Untuk makluman semua, sebelum ini pada awal Januari pihak KOPUBI Perak Bhd telah bersetuju untuk melantik firma audit ini untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahun 2023 dan ini adalah sesi perbincangan berkaitan draf laporan pengauditan akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkasa Perak

ARA Associate adalah salah sebuah firma juruaudit koperasi yang sangat berpengalaman di dalam bidang pengauditan kewangan dan telah mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

KOPUBI sangat percaya dan yakin bahawa firma ini mampu mengaudit akaun koperasi serta menasihati pihak koperasi cara kerja penyimpanan rekod kewangan yang baik serta berdaya saing demi menghasilkan sebuah koperasi yang mampan di Negeri Perak ini.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia