PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 8hb Mac 2020 yang lalu, yang lalu telah berlangsung Program Santai Hari Wanita Pubi Perak 2020 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak yang diketui oleh Ketua JK Pn. Zuraida Zulkepli.

Program ini dianjuran adalah bersempena Hari Wanita Sedunia pada tahun 2020 ini yang jatu pada 8hb Mac dan telah disambut di seluruh dunia bagi menghargai serta meraikan semua yang bergelar wanita.

Antara objektif program ini adalah untuk menjalinan hubungan ‘network’ usahawanita dan wanita2 disamping memberi inspirasi dan bertukar pandangan dan idea bagi kelangsungan dan kelestarian kehidupan wanita.

Barisan Jawatankuasa Pembangunan PUBI Perak yang menjayakan Program antai Hari Wanita Pubi Perak 2020

Melalui program ini juga, ianya dapat membuka dan memberi peluang perniagaan atau membesarkan perniagaan sedia ada serta membimbing usahawanita dan memberi pendedahan supaya dapat merancang perniagaan dengan lebih baik dan tersusun.

Jawatankuasa Pembangunan Wanita melalui program ini juga telah menjemput Tetamu yang sangat Istimewa iaitu seorang Tokoh wanita yang sangat bermotivasi, berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perniagaan serta memiliki syarikat sendiri.

Beliau adalah Pn Jamatu Syaaba merupakan seorang yang berkalliber dalam membangunkan usahawanita dan beliau sangat berbesar hati berkongsi pengalaman beliau di dalam menguruskan pernigaan serta mampu memberikan semangat serta impak positif kepada para peserta yang hadir.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan demi keberkatan dan keterusan hidup masyarakat Muslim khususnya.

Semoga PUBI Perak juga terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

Pn. Jamaliah Binti Md Yatim
Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak