KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 4hb Oktober 2021 yang lalu pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang terletak di Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur bagi menyerahkan Perjanjian Tabung Modal Pusingan (TMP) yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada koperasi-koperasi terpilih di Negeri Perak untuk tahun 2021.

Syukur kepada yang Maha Esa kerana Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad sekali lagi telah terpilih untuk menerima dana ini bagi tujuan meningkatkan keupayaan koperasi di dalam usaha menjalankan aktiviti ekonomi yang mampu memberi pulangan yang tinggi dan menguntungkan.

Untuk tujuan itu, mewakili pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd menyerahkan perjanjian tersebut kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah Pengerusi En Sharul Rahman dan Setiausaha Koperasi iaitu En. Haizul Fakarudin.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Operasi Memindahkan Stok Paper Straw Ke Stor Bandar Seri Iskandar

Turut menyaksikan sesi penyerahan ringkas ini adalah Pegawai SKM Ibu Pejabat Kuala Lumpur iaitu Puan Awin.

Semoga dengan terlaksananya usaha ini akan menjadi pemangkin kepada KOPUBI untuk terus maju dan berjaya di dalam sektor koperasi di negara kita ini serta diucapkan jutaan terima kasih kepada SKM Negeri Perak kerana memberi peluang ini kepada KOPUBI Perak Bhd.

Doakan yang terbaik supaya kami dapat membawa KOPUBI ke peringkat yang lebih tinggi.

Insyallah..

#KoperasiUsahawan #KOPUBI