KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 26hb Julai 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menyertai kontinjen ANGKASA Negeri Perak ke Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Seramai 7 orang wakil daripada KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi iaitu En Safuan Othman telah mengetuai kontinjen ini serta dibantu oleh En. Mohamad Nafis selaku Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.
Seramai 40 orang Kontinjen ANGKASA Negeri Perak yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi Anggota ANGKASA Negeri Perak telah menyertai rombongan ini dengan menaiki bas seawal jam 5 pagi.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Lawatan Kerja Ke Gaharu Tea Valley Gopeng
Alhamdulillah, rombongan kontinjen ini telah sampai ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 pagi dan telah memasuki Dewan Merdeka bagi mengikuti Majlis Penutupan Koperasi Kebangsaan 2024.
Turut hadir ke Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak.
Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di mana ANGKASA mencipta sejarahnya tersendiri melalui penganjuran Kongres ini dengan satu misi yang jelas, iaitu menghasilkan satu resolusi untuk diangkat dan diserahkan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Perasmian Penutupan Kongres ini.
Kemuncak kongres bertemakan ‘Koperasi Pemangkin Ekonomi Madani’ itu telah menghimpunkan sekitar 3,000 orang secara fizikal dan lebih 5,000 orang secara dalam talian melibatkan pemimpin dan anggota koperasi, wakil agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi perbankan serta wakil badan bukan kerajaan (NGO).
Penganjuran kongres tersebut turut mendapat sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Presiden Angkasa, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata tujuan kongres diadakan adalah untuk memperkasa dan mengangkat martabat gerakan koperasi termasuk agensi terlibat yang melaksanakan peranan dan tanggungjawab bagi membangunkan gerakan tersebut.
Kongres ini adalah wadah untuk kita semua secara kolektif membawa suara akar umbi gerakan koperasi kepada pihak kerajaan bagi memastikan gerakan ini terus memberi sumbangan signifikan kepada pertumbuhan sosiekonomi negara.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias, wakil KUSKOP, Encik Ezleezan Othman, wakil Kementerian Kewangan, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, barisan Penasihat Korporat ANGKASA serta barisan pengurusan kanan ANGKASA hadir dalam kongres ini.
Di antara resolusi yang dibentangkan berkaitan dengan sektor koperasi hendaklah diiktiraf sebagai sektor utama penyumbang kepada ekonomi negara yang menjadi pemangkin kepada kerangka ekonomi madani, meminda undang-undang dan peraturan bagi mengiktiraf koperasi sebagai entiti perniagaan, mengiktiraf kurikulum koperasi dalam sistem pendidikan negara ke arah memasyarakatkan koperasi, menyediakan peruntukan yang mencukupi kepada gerakan koperasi sepertimana yang dinikmati oleh perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS), memperkukuhkan mandat dan peranan agensi utama koperasi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai badan kawal selia, ANGKASA sebagai badan pembangunan perniagaan serta Institut Koperasi Malaysia (IKMA) sebagai badan latihan dan pendidikan, mengembalikan pengurusan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi kepada Angkasa sebagaimana yang termeterai dalam Aspirasi Koperasi Malaysia, Kumpulan Wang Anggota yang dikecualikan cukai dinaikkan daripada RM750 ribu kepada RM 1.5 juta untuk meningkatkan daya saing koperasi dan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk pembangunan koperasi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan Urusetia bersama oleh KUSKOP dan ANGKASA.
Menghadiri Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 ini mewakili ANGKASA Negeri Perak adalah Ybrs Tn Hj Mohamed Shafie Abd Karim, Pengerusi JPAN Perak, Pn Fadzilah Arshad, Timbalan Pengerusi JPAN, En Sharul Baha Abd Rahman, Setiausaha JPAN Perak, En Azhar Mann, Bendahari JPAN Perak serta barisan Anggota JPAN Perak.
Semoga ANGKASA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
KOPUBI Perak Bhd sentiasa memberi sokongan kepada segala usaha yang baik terhadap gerakan koperasi di Negeri Perak ini terutamanya gerak kerja yang diusahakan oleh ANGKASA Malaysia.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #GerakanKoperasi #ANGKASA #KongresKoperasiKebangsaan
KOMEN TERKINI