PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 12hb April 2022 yang lalu, persiapan pembukaan acara Raya Penuh Makna 2022 anjuran PUBI Perak dengan kerjasama AEON Mall Ipoh Klebang telah giat dijalankan bertempat di laluan utama AEON Mall Ipoh Klebang di Chemor Perak Darul Ridzuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak

Booth-booth bazar sempena aidil fitri telah dipasang oleh kontraktor di laluan dalam bangunan AEON Mall Ipoh Klebang jumlah sebanyak 18 booth telah didirikan di sepanjang laluan kaki lima tersebut.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan bersama Ahli Jawatankuasa En Khairul Akmal telah hadir sewaktu persiapan ini dijalankan dan turut memantau situasi semasa demi memastikan kelancaran operasi persiapan tersebut berjalan dengan lancar serta mengikut jadual.

Pada tahun 2022 ini buat pertama kalinya, PUBI Perak menganjurkan acara jualan bersempena sambutan hari raya adil fitri yang bakal menjelma dengan memeri peluang kepada hampir 15 orang peniaga PKS untuk berniaga di dalam AEON Mall Ipoh Klebang dengan harga sewaan tapak yang sangat rendah iaitu bermula daripada RM1,200 sehingga RM1,600 mengikut lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak AEON Mall Ipoh Klebang kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai penganjur utama bagi acara jualan bersempena dengan sambutan hari raya aidil fitri di dalam bangunan AEON Mall Ipoh Klebang ini.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan telah hadir sewaktu persiapan ini dijalankan dan turut memantau situasi semasa demi memastikan kelancaran operasi persiapan tersebut berjalan dengan lancar serta mengikut jadual.

Untuk makluman semua, tema sambutan hari raya aidil fitri di seluruh gedung membeli belah AEON Mall di seluruh Malaysia adalah ‘Raya Penuh Makna’ di mana ianya memberi seribu harapan dan pengertian setelah hampir 2 tahun sambutan hari raya aidil fitri tidak dapat diraikan akibat daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia.

Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh PUBI Perak ini mampu membuka peluang kepada para usahawan dan peniaga kecil meningkatkan ekonomi pada waktu yang teramat sukar ini serta kembali memulihkan ekonomi negara yang amat terkesan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak