KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 30hb Januari 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan satu sesi bergambar dengan baju korporat Rasmi Kumpulan PUBI bagi tahun 2022.

AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatan Ahli Majlis

Sesi bergambar tersebut berlangsung sejurus selepas majlis penyerahan watikah pelantikan jawatan Ahli Majlis Kumpulan PUBI kepada 22 orang ahli majlis yang telah terpilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd baru-baru ini.

Sesi bergambar ini juga telah berlangsung pada Mesyuarat Ahli Majlis Kumpulan PUBI Kali Pertama yang teah berlangsung Tower Regency Hotel & Apartments Ipoh Perak.

Sesi bergambar tersebut telah dibahagikan kepada 4 ketegori iaitu:

1. Gambar beramai-ramai Ahli Majlis Kumpulan PUBI bersama Tenaga Pengajar Kumpulan PUBI dan Staf Sokongan Kumpulan PUBI.
2. Gambar Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI)
3. Gambar Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI)
4. Gambar Tenaga Pengajar Kumpulan PUBI bersama barisan pimpinan tertinggi Kumpulan PUBI.

Alhamdulillah, sesi bergambar tersebut telah berjaya dirakam dan telah mengambarkan betapa utuhkan kesatuan Kumpulan PUBI ini serta saling hormat-menghormati.

Setinggi tahniah diucapkan kepada ke seluruh barisan Ahli Majlis Kumpulan PUBI dan tenaga pengajar Kumpulan PUBI serta staf sokongan Kumpulan PUBI yang telah menjayakan sesi ini dan memberikan kerjasama yang baik walaupun di atas kesibukan urusan masing-masing.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia