PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bahagia Kesejahteraan Komuniti untuk menlaksanakan sebuah program di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun Tahun 2022.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pemantauan Peserta PEKB 2021 Bagi Bulan April 2022
Matlamat utama Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun Tahun 2022 ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.
Sehubungan itu bermula 15hb April sehingga 20hb Mei 2022 yang lalu, PUBI Perak telah memulakan gerak kerja bagi mengenal pasti calon-calon peserta yang bakal menyertai program ini.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk sesi bancian ini adalah Tuan Pengerusi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Bendahari Kehormat Persatuan Saudara Mohamad Nafis dan AJK Persatuan Tuan Haizul Fakaruddin.
Pemilihan peserta adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian dan keutamaan diberikan kepada warga Malaysia yang berdaftar dengan sistem eKasih atau diklasifikasikan sebagai ‘miskin bandar’.
Alhamdulillah, proses bancian ini berjalan dengan lancar dan seramai hampir 200 peserta telah dihubungi dan dikunjungi oleh wakil PUBI Perak untuk ditemuduga bagi proses saringan seterusnya.
Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih perlaksanaan program ini dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini .
Ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI