KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 16hb – 17hb Oktober yang lalu, dua orang Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengikuti Seminar Kepimpinan Anggota Koperasi Negeri Perak anjuran Institut Koperasi Malaysia dengan kerjasama ANGKASA Negeri Perak.

Seminar ini telah berlangsung di Hotel Perdana Taiping dan telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi ANGKASA Malaysia iaitu Yang Berbahagia Prof. Dato’ Abdul Rahman.

Majlis ilmu ini juga berlangsung selama dua hari satu malam yang merangkumi tajuk Seminar Kepimpinan Anggota Koperasi Negeri Perak dengan objektif utama agar organisasi di dalam koperasi akan lebih faham dan komited untuk terus menjayakan koperasi secara telus dan bersatu padu.


Cik Mawardah dan Puan Samsiah Abdullah @ Ahmad telah mewakli Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke seminar ini.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke seminar ini adalah Cik Mawardah Binti Ahmad Yusni dan Pn Samsiah Binti Abdullah @ Ahmad.

Alhamdulillah, seminar ini berjalan dengan lancar secara rasmi diakhiri penutupan oleh Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Perak iaitu Tuan Haji Mohd Rosli Haji Basri.

Semoga KOPUBI Perak Bhd menjadu sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan serta mengorak langkah menjadi salah sebuah koperasi yang disegani.

Insyaalah..



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

Pn. Samsiah Binti Abdullah @ Ahmad
Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perah Bhd.