
AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2019 KEPADA SEMUA!
Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Illahi kerana di atas limpah dan kurniaNya kita masih dipanjangkan umur untuk menyambut kehadiran tahun yang baharu iaitu tahun 2019.
Pelbagai suka dan duka telah kita lalui sepanjang tahun 2018 ini, di mana setiap daripada itu dijadikan pengalaman dan pengajaran buat kita semua bagi menempuh hari-hari yang akan mendatang.
PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd juga telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan di sepanjang 2018 ini.
Walaupun berat dugaan dan cabaran itu, Alhamdulillah seluruh Ahli Jawatankuasa bersama telag berjaya mengatasinya dan telah bersedia untuk menghadapi cabaran 2019 ini nanti.
Kami berazam dan percaya bahawa tahun 2019 akan menjadi tahun yang gemilang buat PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd.
Pelbagai aktiviti dan program akan disusun semula dan semoga segala yang dirancang untuk tahun 2019 akan menjadi kenyataan.
Sama-samalah kita berdoa agar segala impian serta harapan berjaya dicapai dengan jayanya pada tahun 2019 nanti.
Buat semua, teruskan usaha anda di dalam memajukan kehidupan serta perniagaan masing-masing.
PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd sentiasa menyokong anda semua selaku usahawan yang cekal serta berjaya di Bandaraya Ipoh ini.
Jangan mudah berputus asa dan jadilah orang yang cekal dan kuat untuk tahun 2019 yang lebih gemilang dan terbilang!
Insyallah..
KOMEN TERKINI