KUALA LUMPUR – Berikut adalah kronologi Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15:
14 Oktober 2016: Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas), menggan_kan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
13 Disember 2016: Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong
ke-15 manakala Sultan Perak Sultan, Nazrin Shah pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
31 Januari 2017: Berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia.
24 April 2017: Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu is_adat penuh dengan tradisi Kesultanan Melayu di Istana Negara.
24 April 2017: Berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja untuk kali pertama sempena pertabalan baginda.
3 November 2017: Berkenan menerima menghadap Putera Charles dan isteri baginda, Camella di Istana Negara.
10 Mei 2018: Berkenan menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara selepas gabungan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.
16 Mei 2018: Memperkenan rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke_ka itu Ketua Umum PKR dan diberi pembebasan serta-merta. Anwar kini presiden par_ itu.
18 Mei 2018: Berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara untuk menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen yang dilan_k sebagai Menteri Persekutuan baharu.
2 November 2018: Sultan Muhammad V bercu_ sehingga 31 Disember 2018 untuk menjalani rawatan dan sepanjang tempoh itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.
6 Januari 2019: Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa hari ini. – Bernama
KOMEN TERKINI