BERKAT USAHA YANG DIJALANKAN, PUBI PERAK BERJAYA MENGUMPUL SUMBANGAN SEBANYAK RM6,000 DARIPADA ORANG RAMAI!

Alhamdulillah, pada 26hb Disember 2018 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Khairat Kematian kepada ahli keluarga mangsa kebakaran di Puncak Jelapang, Ipoh Perak.

Klik untuk melihat koleksi gambar di hari penyerahan terbebut —>

PUBI Perak telah bekerjasama dengan MPKK, RPT Kampung Sri Aman, Menglembu Perak yang dipengerusikan oleh En. Azha Bin Md Isa, AJK Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk sama-sama menyerahkan sumbangan pada majlis tersebut.

Turut hadir ke Majlis ini adalah Pegawai Khas kepada YB Abdul Yunus Jamhari, Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu En Muzzafar Shah Bin Khairuddin dan YB Steven Chaw Kam Foon 周锦欢, ADUN Kawasan Menglembu. Syukur, Majlis yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan berjaya!

Ahlamdulillah..



Majlis yang berlangsung ini turut mendapat liputan dari media seperti Sinar Harian, Utusan Malaysia, Perak Today dan Astro Awani.

Laporan Sinar Online —>

Laporan Utusan Online —>

Laporan Perak Today —>

Laporan Karangkraf —>