KOPUBI PERAK BHD TERUS MENGORAK LANGKAH DI DALAM USAHA MENCAKNA EKONOMI BANGSA MELALUI GERAKAN KOPERASI DI NEGERI PERAK INI
Alhamdulillah, pada 6hb September 2019 yang lalu, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En. Sharul Rahman telah dijemput ke SADC Perak bagi menerima surat tawaran menyertai Projek Perladangan anjuran SADC Perak (Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak) di bawah Kerajaan Negeri Perak.
Melalui tawaran ini, KOPUBI Perak Bhd akan melabur sejumlah wang bagi mendapatkan satu lot tanah ladang di Bukit Tunggal Perak yang telah diap ditanam dengan kelapa sawit.
Melalui pelaburan ini, KOPUBI Perak Bhd dijangkan akan mendapat perolehan pendapatan sekitar RM8,000 – RM10,000 setahun.
Terima kasih SADC Perak di atas kepercayaan yang diberikan dan ini akan memberi impak yang besar serta memberi manfaat ekonomi kepada seluruh anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
Alhamdulillah, peluang yang diberikan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh KOPUBI Perak Bhd dan kepada semua Warga Perak, jomlah kita mendaftar sebagai anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd atau KOPUBI Perak Bhd.
Insyallah, kita semua akan mendapat manfaat serta peningkatan ekonomi secara amnya dari aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ini.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.
Mohamad Jamean Zulkepli
Setiausaha Kehormat Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI