10 NASIHAT TUN M KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA MALAYSIA

Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang telah dilantik semula sebagai pada menteri setelah memenangi Pilihanraya Umum ke-14 baru-baru ini. Beliau adalah ikon di dalam negara kita yang sangat berpengaruh dan telah berjaya memimpin Pakatan Harapan menakluki pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.

Beliau juga adalah seorang negarawan yang sangat dihormati di seluruh dunia dan kata-kata beliau sering diguna pakai oleh setiap golongan masyarakat di negara ini untuk dijadikan pedoman atau panduan hidup.

Di dalam ucapan beliau selama ini, beliau tidak pernah lupa menitipkan kata-kata nasihat kepada bangsa Malaysia dan tidak terlepas adalah beliau juga tidak pernah lupa memberi nasihat kepada usahawan-usahawan bumiputera di negara kita ini.

PUBI Perak sebagai sebuah NGO di Negeri Perak ini yang sangat berbesar hati untuk berkongsi dengan semua ahli dan bukan ahli PUBI Perak 10 nasihat Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 ini untuk dijadikan bekalan buat kita semua di dalam mengharungi kehidupan sebagai usahawan yang penuh dengan cabaran ini.

Semoga ia dapat dijadikan pembakar semangat untuk kita semua. Berikut nasihat Tun M buat para usahawan dan bakal usahawan:

1. Kita perlu belajar dari bawah

Kita perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka
bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan. Contohnya jika mahu membuka retsoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja
membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka
perniagaan.

2. Modal efektif

Kita yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes
bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan
modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah jika korang hanya mempunyai RM100,000 tapi buka bisnes pun bernilai RM100,000.

3. Berusaha bersungguh-sungguh.

Kita perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar dalam tempoh lama

Kita perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa yang panjang. Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti
dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”. Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenali jenis perniagaan

Perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara
menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes

Perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap
suka terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. Manfaatkan teknologi

Manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Ikhlas dalam perniagaan

Ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

9. Menjauhkan sifat keji

Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau
tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan
Melayu gagal dalam bisnes.

10. Mempunyai network

Kita perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan bangsa
Cina dan mereka berjaya. Salah satu cara membina network adalah menyertai persatuan usahawan seperti PUBI Perak ini.

Begitulah 10 nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Jom sama-sama kita kongsikan tips hebat ini supaya memberi manfaat kepada kawan-kawan kita yang lain.

Insyallah..