PENGERUSI PUBI PERAK KOMITED LANCARKAN PROGRAM TUNAS HARAPAN PUBI PERAK.

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. PUBI Perak menerusi Program TUNAS HARAPAN akan membantu sebuah Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin iaitu Pertubuhan Baitul Aini yang bertempat di Kampung Merawan Indah, Simpang Pulai Perak.

Hasil daripada lawatan kami ke pusat jagaan ini, kami dapati ada beberapa keperluan dan bantuan yang sangat perlu diambil tindakan segera iaitu;

1. Masalah atap bocor setiap kali hujan.
2. Masalah pakaian sekolah dan kasut.
3. Perbelanjaan harian seperti makan dan minum serta duit belanja ke sekolah.

Menurut penyelia di pusat jagaan ini iaitu Ustaz Luthfil Amir Bin Razlan, seramai 18 orang murid dari golongan anak yatim dan fakir miskin telah menetap di sini. Di mana 5 orang perempuan dan 13 orang lelaki.

Sehubungan dengan itu, pihak PUBI Perak sangat berbesar hati untuk melancarkan dana kutipan Program Tunas Harapan PUBI Perak untuk disalurkan kepada pusat jagaan ini bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dinyatakan di atas.

Kami sangat merayu kepada semua golongan masyarat untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai ataupun segala bentuk bantuan yang bersesuaian.

Anda boleh menghubungi Ketua JK Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak iaitu Pn. Nurusaadah Bt Mahmud melalui talian telefon 019-915 1990 atau anda boleh terus whatsapp melalui link www.wasap.my/60199151990 untuk pertanyaan dan sebagainya.

Anda juga boleh terus membuat sumbangan peribadi anda dalam bentuk wang tunai melalui akaun PUBI Perak seperti berikut;

5582 7500 8858 (PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK) – Maybank.

Kami juga merancang untuk mengadakan sebuah Majlis Iftar untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin ini pada 2/6/2018 di Hotel Kinta Riverfront Ipoh, Perak.

Semoga dengan usaha ini akan dapat meringankan beban pihak pengurusan Pertubuhan Baitul Aini ini disamping meraikan serta memgembirakan anak-anak yatim dan miskin ini.

Insyallah..

Nota: Anda juga boleh menonton video live sewaktu kami menjalankan lawatan ke Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin ini pada 18hb Mei 2018 yang lalu. Sila click button di bawah ini untuk menonton;

Click untuk menonton