BISNES – BIODATA DATUK SERI ALIFF SYUKRI, RAJA KOSMETIK MALAYSIA

Yang Berhormat Datuk Seri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987 dan mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang.

Covid-19: Aliff Syukri Terkejut Dan Sedih Permohonan BPN Tidak Lulus –>

Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College.

Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. Berasal dari keluarga yang sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi.

Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangat untuk berniaga bermula dengan impian beliau untuk hidup senang setelah melihat rakan sekolahnya membawa wang saku sebanyak 50 sen dan beliau hanya ada 20 sen.

Semangat dan kecekalan untuk memperolehi duit saku bermula dengan menjual jeruk mempelam dan jambu sejak disekolah lagi. Kesungguhan beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk.

Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan yang dimuatkan dengan jeruk untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen.

Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik.

Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.

Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga.

Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, ‘bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting’. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di Aeon –>

BIODATA DATUK SERI ALIFF SYUKRI D’HERBS

KELUARGA DATUK SERI ALIFF SYUKRI

  • Nama Isteri: Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid
  • Nama Anak: Ahmad Rayyan, Khatijah El Zahra dan Ibrahim Adham
  • Nama Ibu: Rozita binti Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi)




FAKTA MENARIK TENTANG DATUK SERI ALIFF SYUKRI

  • Dato’ Aliff Syukri adalah anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.
  • Beliau telah berkahwin pada usia yang muda iaitu ketika berumur 19 tahun dengan rakan sekerjanya pada ketika itu, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun.
  • Mengasaskan syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. pada September 2010 dengan tagline popular ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu strategi pemasaran.
  • Produk pertama yang dihasilkan ialah gincu kolagen pertama di Malaysia.
  • Kini D’Herbs telah menghasilkan hampir 30 produk baru dan antara produk utama ialah bedak asas, produk pelansingan, minuman kesihatan wanita dan lipstick rawatan bibir.
  • D’Herbs juga memiliki bangunan empat tingkat sebagai Ibu Pejabat dengan 15 orang pekerja serta menghasilkan produk baru dari kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd.
  • Jurucakap produk terdiri daripada selebriti popular iaitu Bienda dan Watie Elite.

DRAMA DAN FILEM

  • 2016 – Biar Aku Jadi Penunggu
  • 2016 – Duda Terlajak Laris
  • 2017 – Tuyul Ke London
  • 2017 – My Coffee Prince
  • 2017 – Upin & Ipin (Musim 11)
  • 2017 – Ooops! Terlajak Nikah
  • 2018 – Badang

LAGU

  • Bobo di Mana
  • Abang Nak Tegur
  • Selawat Dodoi Anakku
  • Agama Kedamaian
  • Cowok Baru
  • Jom Raya
  • Biar Apa Orang Kata
  • Cuba Bahagia

ANUGERAH

Pahang :

  •  Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) – Dato’
  •  Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) – Dato’ Sri (2017)

Sumber: Wikipedia, Gambar – Google