
MARILAH KITA BERTAKBIR DAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W
Sesungguhnya, pemimpin agung kita iaitu Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada tahun 570 Masihi di Kota Makkah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal iaitu bulan ketiga dalam taqwim Islam.
Marilah kita semua mencontohi sifat kepimpinan Rasulullah SAW dan meneladani kisah perjuangan Baginda dalam mencakupi pelbagai aspek kehidupan kita hari ini.
Sambutlah Maulidur Rasul SAW dengan Majlis-majlis Ilmu dan amalan-amalan kebaikan seperti memesrai mereka yang kurang bernasib baik, mendekati mereka yang masih belum mengenali Islam dan Rasulullah saw agar kehadiran Baginda Rasulullah S.A.W sebagai Rahmatan lil Alamin itu terus dirasai oleh umat sejagat. Insyallah..
Salam Maulidur Rasul 1441H.
Ikhlas Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd

KOMEN TERKINI