fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 03hb November 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan Aktiviti Gotong-royong membersihkan tapak Pasar Malam PUBI Perak di Taman Pinji Mewah.

Aktiviti Gotong-royong ini telah dianjurkan oleh JK Pasar Malam dan Bazaar PUBI Perak yang diketuai oleh Cik Zarina selaku Ketua JK merangkap Bendahari Kehormat PUBI Perak.

Turut hadir membantu membersihkan kawasan ini adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En Sharul, Timbalan Pengerusi En, Mohd Fhami dan juga Setiausaha Kehormat PUBI Perak, Saudara Mohamad Jamean.


PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Turut hadir juga adalah Pn Zuraida selaku Ketua JK Pembangunan Wanita PUBI Perak dan juga Ahli-ahli Mesyuarat JK Pasar Malam yang terdiri daripada Pn Zalina, Pn Watie dan juga Pn Amy.

Aktiviti gotong-royong termasuklah membersihkan longkang-longkang yang terdapat sampah sarap dan juga sekitar kawasan Tapak Pasar Malam ini.

Semoga dengan terlaksananya aktiviti ini maka kawasan di sekitar ini akan bersih dan diharapkan pengunjung-penunjung yang hadir ke pasar malam ini tidak membuang sampah sesuka hati ke dalam longkang.

Ini akan menyebabkan saliran air tersumbat serta tidak menyenangkan hati dan mata sesetengah penduduk setempat di sekitar kawasan ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mohamad Jamean Zulkepli
Setiausaha Kerhormat Kumpulan PUBI

Leave a Reply

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.