TERMA DAN SYARAT UNTUK PENJUAL (SELLER)

Berikut adalah Terma & Syarat Penjual (Seller) Kedai Online PUBI – Kemaskini (5/2/2021)

1. Penjual (Seller) mestilah berumur 18 tahun ke atas warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang memiliki kad pengenalan serta memiliki akaun bank yang sah di Malaysia.

2. Setiap penjual (seller) WAJIB memaparkan di kedai online maklumat berikut;

  • Nama Penjual / Nama Kedai Online
  • Alamat tetap penjual
  • Nombor telefon yang sah di Negara Malaysia (mempunyai applikasi whasapp)
  • Alamat email yang berfungsi dan boleh dihubungi.
  • Memuat naik gambar Profile dan ‘Cover Photo’ kedai onlineSetiap urusniaga adalah di dalam Ringgit Malaysia dan penghantaran produk adalah menggunakan perkhidmatan penghantaran barang (Currier) yang berdaftar di dalam Negara Malaysia sahaja.

3. Setiap barang yang disenaraikan di dalam Kedai Online PUBI adalah barangan yang ‘Ready Stock’ dan jualan secara ‘Pre-Order’ adalah sama sekali DILARANG.

4. Setiap urusniaga adalah di dalam Ringgit Malaysia dan penghantaran produk adalah menggunakan perkhidmatan penghantaran barang (Currier) yang berdaftar di dalam Negara Malaysia sahaja.

5. Hanya produk yang HALAL dan dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang dibenarkan dijual di dalam Kedai Online PUBI.

6. Setiap penjual (seller) WAJIB memaparkan infomasi produk dan maklumat produk yang terperinci serta cara-cara penggunaan produk tersebut termasuk gambar produk tersebut.

7. Setiap penjual (seller) juga WAJIB memaparkan infomasi harga, berat atau siaz produk tersebut pada maklumat produk yang dipaparkan di kedai online.

8. Seller WAJIB menghantar produk-produk yang telah ditempah oleh pelanggan menggunakan perkhidmatan penghantaran barang (Currier) yang berlesen serta berdaftar dengan kerajaan Malaysia seperti Poslaju, J&T Express, CityLink dan sebagainya.

9. Setiap tempahan produk yang telah dibuat oleh pelanggan MESTILAH dihantar SEGERA kepada pelanggan tersebut di dalam tempoh 48 jam dari tarikh tempahan diterima.

10. Sekiranya penjual (seller) GAGAL menghantar tempahan pelanggan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan maka Pihak Pengurusan Persatuan akan membayar balik (refund) harga bayaran yang telah dibayar oleh pelanggan tersebut dan penjual (seller) akan dikenakan PENALTI sebanyak RM10 untuk satu produk.

11. Cas perkhidmatan dan pengurusan kedai online yang dikenakan kepada penjual (seller) adalah sebanyak 10% daripada harga jualan produk atau minima RM2 (yang mana tinggi) untuk satu transaksi yang berjaya dibuat oleh pembeli.

Contoh Situasi 1 :

Seorang pembeli telah membeli produk di Kedai Online dengan harga RM120 dan dikenakan bayaran postage sebanyak RM8. Jumlah yang dibayar oleh pembeli tersebut sewaktu membuat tempahan adalah sebanyak RM128.

Pengiraan bayaran jualan kepada penjual (seller) adalah seperti berikut;

Harga Jualan Produk       :                   RM120.00

Cas PUBI Perak (10%)     :              (-) RM  12.00

Postage                             :                    RM    8.00

Jumlah yang diterima oleh penjual (seller) : RM116.00

Contoh Situasi 2 :

Seorang pembeli telah membeli produk di Kedai Online dengan harga RM10 dan dikenakan bayaran postage sebanyak RM8. Jumlah yang dibayar oleh pembeli tersebut sewaktu membuat tempahan adalah sebanyak RM18.

Pengiraan bayaran jualan kepada penjual (seller) adalah seperti berikut;

Harga Jualan Produk        :                    RM18.00

Cas PUBI Perak                  :              (-) RM   2.00 (Pengiraan minima RM2)

Postage                               :                   RM   8.00

Jumlah yang diterima oleh penjual (seller) : RM16.00

Peringatan: Bayaran jualan kepada penjual (seller) akan dibuat di dalam tempoh masa 48 jam setelah pembeli menerima tempahan dengan selamat.

12. Penjual (seller) akan menerima bayaran jualan termasuk nilai postage setelah produk yang ditempah oleh pelanggan diterima dengan selamat dan pembayaran tersebut akan dibuat dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan produk tersebut oleh pelanggan.

13. Penjual (seller) adalah BERTANGGUNGJAWAB sepenuhnya terhadap segala operasi di kedai online PUBI dan perlu sentiasa peka dengan tempahan jualan yang akan masuk pada bila-bila masa.

14. Penjual (seller) juga BERTANGGUNGJAWAB untuk memberikan perkhidmatan yang TERBAIK kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan jual-beli di kedai online PUBI.

15. Hanya Penjual (seller) yang mematuhi peraturan serta terma & syarat yang DITETAPKAN sahaja yang akan DIBENARKAN menggunakan perkhidmatan Kedai Online PUBI ini.

16. PUBI Perak sebagai penyedia perkhidmatan kedai online BERHAK untuk menamatkan mana-mana akaun penjual (seller) yang tidak menepati piawaan sebagai penjual (seller) TANPA sebarang notis terlebih dahulu.

17. Terma & syarat ini sentiada akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa dan di atas budi bicara Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak.

TERMA DAN SYARAT UNTUK PEMBELI (CUSTOMER)

1. Pembeli (Customer) mestilah berumur 18 tahun ke atas warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang memiliki kad pengenalan serta memiliki alamat surat menyurat yang sah di Malaysia.

2. Setiap urusniaga di Kedai Online PUBI adalah di dalam Ringgit Malaysia.

3. Pembeli (Customer) perlu menanggung kos penghantaran (postage) yang telah ditetapkan.

4. Kos penghantaran (Postage) adalah berbeza-beza di antara vendor/seller (Penjual) dan bergantung kepada berat produk tersebut serta bilangan kuantiti yang dibeli di dalam satu transaksi. Kos minima bagi penghantaran yang ditetapkan adalah seperti berikut;

  • Semenanjung Malaysia (RM8)
  • Sarawak (RM13)
  • Sabar (RM15)

5. Setiap tempahan produk yang telah dibuat oleh pelanggan (customer) akan dihantar DENGAN SEGERA oleh vendor/seller (Penjual) berkenaan di dalam tempoh masa 48 jam dari tarikh tempahan dibuat.

6. Sekiranya pelanggan (Customer) tidak menerima tempahan (barang) di dalam tempoh TUJUH HARI daripada tarikh pembelian, maka pelanggan (customer) tersebut berhak menuntut semula (100%) wang yang digunakan untuk pembelian daripada pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

7. Bayaran wang tuntutan semula akan dibayar kepada pelanggan (customer) oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) di dalam tempoh masa TIGA HARI daripada tarikh tuntutan dibuat.

8. Pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) tidak akan menanggung apa-apa kerugian atau kos sekiranya kejadian-kejadian seperti di bawah ini berlaku;

  • Barang Hilang atau Rosak setelah dihantar oleh syarikat perkhidmatan penghantaran barang (currier)
  • Kualiti barang tidak memuaskan atau barang yang diterima tidak seperti yang diiklankan
  • Kecuaian oleh pihak vendor/seller

9. Pelanggan (Customer) digalakkan untuk berhubung terus dengan vendor/seller melalui nombor telefon yang disediakan sekiranya menghadapi masalah atau ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang produk yang diiklankan.

10. Pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB dengan segala aktiviti jualan yang berlaku di luar Kedai Online PUBI di antara pelanngan (customer) dan vendor/seller. Dengan erti kata lainnya, pembelian atau urus niaga tersebut dibuat TIDAK MELALUI platform Kedai Online PUBI yang disediakan.

11. Sebarang pertanyaan atau pemasalahan berkaitan Kedai Online PUBI anda boleh hubungi talian pejabat kami di 05-322 7297.