Terkini PUBI Perak di bawah JK Kebajikan melalui Program Tunas Harapan ingin meraikan seramai 23 orang anak-anak yatim dan miskin dari Pertubuhan Nurul Iman,Kampung Manjoi Perak.

PUBI Perak akan menganjurkan sebuah program santai dan riadah yang menyegarkan serta penuh dengan keterujaan iaitu Program Santai dan Riadah di ‘Lost World of Tambun’.

Program ini dijangka akan berlangsung pada hari ahad, 2hb September 2018 nanti.

Objektif utama untuk aktiviti dan program ini adalah bertujuan untuk meraikan serta mengembirakan anak-anak yatim dan miskin di bawah selian pertubuhan ini.

Memandang tidak seorang pun di antara mereka yang pernah merasai keseronokkan dan keriangan di Lost World of Tambun ini dan adalah menjadi hasrat PUBI Perak untuk merealisasikan impian 23 orang anak-anak yatim dan miskin ini.

Sekali-sekala kita hiburkan hati mereka, sekali sekala kita raikan mereka dengan cara beriadah begini.

Insyallah..

Jom lihat Program Tunas Harapan anjuran PUBI Perak sebelum ini

Poster Program Tunas Harapan anjuran PUBI Perak

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN!

Sehubungan dengan itu, PUBI Perak ingin membuka peluang kepada mereka yang ingin menaja atau menyumbang dana dalam bentuk wang tunai bagi melancarkan lagi perjalanan program dan aktiviti ini.

Sumbangan tajaan anda boleh dibuat ke akaun :

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK
5582 7500 8858 (Maybank)

Click untuk terus membuat sumbangan

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: PN. ADAH 019-915 1990

Click untuk terus whatsapp

 

Semoga dengan tajaan anda semua akan tercapailah hasrat dan impian anak-anak yatim dan miskin ini untuk masuk ke dalam Lost World of Tambun serta menikmati keriangan dan keseronokan seperti anak-anak kita yang lain.

MAJLIS INI DIANJURKAN OLEH PUBI PERAK

Dilampirkan gambar-gambar lawatan PUBI Perak ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman di Kampung Manjoi, Ipoh Perak pada 11hb Julai 2018 yang lalu,

Click untuk melihat photo