Pada 8hb September 2018 yang lalu, telah berlangsung Kursus Kemahiran Membuat Kudapan (Aneka Kacang & Kerepek) anjuran bersama PUBI Perak & KEMAS di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Gopeng.
En. Sharul selaku Pengerusi PUBI Perak telah membuat ucapan pembukaan pada sebelah pagi dan Alhamdulillah seramai hampir 35 orang peserta telah menyertai kursus ini pada hari tersebut. Kursus Kemahiran ini telah diajar oleh tenaga pengajar (Cikgu) KEMAS yang terlatih dan berpengalaman mengajar serta bertauliah iaitu Pn Azlinawati.
Peserta-peserta pada hari ini akan mempelajari teknik dan cara-cara membuat BERANEKA JENIS KUDAPAN SEPERTI KEREPEK DAN KACANG iaitu;
1. Kerepek Kacang Hijau
2. Kerepek Gunting
3. Kerepek Cheese
4. Kacang Botak
5. Kacang Berempah
6. Kuih Buah Rotan
Sebahagian peserta yang gembira pada hari Kursus Kemahiran Membua Kudapan (Kacang & Kerepek) anjuran bersama PUBI Perak dan KEMAS Parlimen GopengSebelum kursus bermula, para peserta telah diberi taklimat oleh En Khusairi selaku Penolong Pengurus Cawangan CGC Malaysia Ipoh yang telah hadir untuk memberikan taklimat kewangan dan pembiayaan yang disediakan oleh pihak CGC Malaysia kepada peserta Kursus Kemahiran Membuat Kudapan (Aneka Kacang & Kerepek) anjuran PUBI Perak di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Gopeng. Turut hadir bagi pihak CGC Malaysia adalah pegawai beliau iaitu En Syed Yusfaizal dan Cik Lizawati. Mewakili PUBI Perak adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak, En. Sharul & Bendahari Agung, Cik Zarina Che Zam.
Pada sebelah petang, berlangsung pula taklimat daripada wakil syarkat KBio Resources Sdn Bhd iaitu En Razali Abd Razak yang menyampaikan taklimat berkaitan kesedaran perlabelan makan dan nutrisi kepada peserta Kursus Kemahiran Membuat Kudapan (Aneka Kacang & Kerepek) anjuran PUBI Perak di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Gopeng.
Sejurus kemudian berlangsung pula taklimat daripada Pengasas Inspirasi Al-Falah Resources, En Nor Adzman Nali yang menyampaikan taklimat tentang Kaedah Pemasaran Online dan Branding. Peserta program ini juga sangat bertuah dan beruntung kerana Ahli Parlimen Gopeng iaitu YB Dr Lee Boon Chye merangkap Timbalan Menteri Kesihatan akan meluangkan masa untuk membuat Perasmian Penutup Kursus ini serta menyampaikan sijil kepada peserta yang terlibat pada petang ini.
Alhamdulillah program yang dirancang hari ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.
Insyallah..
Lihat Photo Album Kursus Ini →
KOMEN TERKINI