BAGAIMANA MENGUBAH MINDSET MENJADI KAYA DAN BERJAYA
Ramai orang mahu menjadi kaya dan berjaya, tetapi kadang kala mereka gagal mencapai impian dan matlamat mereka kerana sebab-sebab tertentu. Ada bermacam-macam sebab yang menjadi kegagalan sesorang itu dan faktor ‘mindset’ adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kejayaan dan kekayaan seseorang. Di sini kami kongsikan faktor-faktor bagaimana mahu mengubah mindset kita supaya kita boleh menjadi kaya dan berjaya pada masa hadapan. Selamat membaca..
1. Cipta Matlamat Hidup Yang Boleh Dicapai
Tahukah anda yang sebenarnya kita ini lebih bagus dan lebih berbakat daripada apa yang kita fikirkan.
Namun demikian, kita masih berada di takuk yang lama, ketinggalan berbanding orang lain yang berjaya sedangkan kita juga boleh dan mampu melakukan perkara yang sama seperti mereka malah kita juga boleh melakukan lebih lagi.
Ini kerana di dalam diri kita ini kurang keyakinan diri atau kita sering merendah diri kita pada tempat yang salah dan mungkin kita masih belum berdamai dengan kelebihan dan kelemahan diri kita sendiri untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi serta membanggakan.
Ini biasanya berlaku apabila kita sentiasa berasa takut dan berfikir tentang perkara-perkara negatif yang akhirnya akan membawa signal negatif kepada kotak pemikiran kita. Akhirnya perkara yang sepatutnya kita boleh buat dan usahakan menjadi sukar dan kabur.
Inilah yang bersarang dalam pemikiran kita dan hati kita.
Oleh yang demikian, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan menuju kegagalan kerana kita masih belum bersedia untuk mencapainya dan kita tidak sedar akan keupayaan diri kita sendiri.
Kebanyakan orang hanya mampu mencapai kejayaan yang minima kerana mereka sendiri tanpa sedar dan tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri untuk mencapainya sesuatu. Malah mereka juga memandang rendah diri terhadap sendiri.
Beranikan diri untuk jangan letak matlamat yang terlalu rendah dan jangan pula mencipta matlamat yang terlalu tinggi sehingga tidak relevan dan meletakkan beban yang tidak perlu pada diri.
Apa yang perlu kita lakukan adalah menetapkan matlamat yang boleh kita capai di dalam tempoh masa tertentu dan kemudian berusaha untuk mencapainya satu-persatu. Matlamat tersebut mestilah realistik dan boleh dicapai, bukan sesuatu matlamat yang tidak logik dan tidak masuk akal.
Kemudian daripada matlamat yang rendah itu kita naikkan skalanya pada peringkat yang lebih tinggi dari masa ke semasa mengikut kemampuan yang kita ada pada waktu itu. Jangan mengharapkan keputusan yang cepat dan bersabarlah dalam mengejar matlamat kerana setiap matlamat dan perancangan tersebut perlukan masa untuk berhasil.
Akhirnya, pasti anda akan mencapai apa juga matlamat tersebut dan anda harus yakin dan percaya yang anda boleh lakukannta.
Percaya pada kemampuan diri itu sangat penting dan walaupun matlamat itu tidak tercapai 100% pada waktu-waktu tertentu tetapi sekurang-kurangnya anda telah berkembang dan berjaya ke hadapan berbanding anda yang dulu.
Perubahan kearah yang lebih baik itu sendiri adalah satu pencapaian yang bagus dan sangat membanggakan.
2. Berkawan Dengan Kegagalan
Gagal? Hmm.. ramai orang di antara kita yang takut akan kegagalan. Mengapa ya? Ini kerana kegagalan ini memberi impak yang besar serta memberi kesan yang mendalam terhadap psikologi seseorang sepertimana mereka tidak dapat menanggung beratnya kegagalan tersebut dan tidak mahu ianya tersebar.
Kegagalan itu amat memalukan bagi kebanyakkan orang biasa namun tidak pada mereka yang betul-betul mahu berjaya. Kegagalan itu sebenarnya adalah guru kepada kejayaan dan ianya penting untuk kita di dalam proses kita untuk menuju ke puncak kejayaan.
Mindset yang terbaik yang wajib dimiliki oleh kita adalah apabila sampai ke satu tahap di mana kita mengetahui bahawa kegagalan itu wajib untuk kita hadam. Kegagalan itu penting untuk hadir dalam kehidupan kita ianya adalah sesuatu yang kita tidak akan dapat elak.
Justeru itu, daripada kita bermusuh dengan kegagalan, merana dan kecewa, adalah lebih baik untuk kita bersedia untuk menerima kegagalan sebagai sahabat yang paling baik buat kita.
Percayalah, kita akan berasa lebih gembira, yakin dan banyak perkara yang baharu akan dipelajari oleh diri kita sendiri dan akan menjadi contoh dan teladan kepada orang lain. Kegagalan ini yang akan menjadi kenangan yang paling manis apabila kita berjaya kelak.
Berapa ramai tokoh usahawan di luar sana yang gagal berkali-kali malah lebih banyak kali ‘gagal’ berbanding kita ini, namun itu bukan penghalang buat mereka untuk terus bejaya dan berjaya lagi.
Ini kerana mindset mereka ini apabila gagal itu bukan bermakna mereka tidak mampu melakukannya tetapi mereka masih belum menjumpai cara atau teknik yang betul untuk melakukan sesuatu perkara itu, justeru mereka terus berusaha dan terus mencuba tanpa berputus asa sehinggalah mereka berjaya.
3. Keluar Dari Zon Selesa
Pengasas kepada syarikat honda iaitu Soichiro Honda pernah mengatakan, “Success is a 99% Failure.”
Begitulah untuk berjaya tiada jalan ‘short cut’ dan kita tidak akan mendapatkannya dengan cara yang mudah dan senang.
Sedangkan sejak kita dibesarkan dari kita kecil sehinggalah saat kita untuk mula belajar meniarap, merangkak dan seterusnya untuk berjalan juga kita perlukan beberapa kali percubaan dan adakalanya kita akan terjatuh, malah kita juga mungkin akan tercedera barulah kita dapat menguasainya sesuatu itu sebagai kemahiran baharu.
Sama jugalah di dalam hal untuk kita memperolah kejayaan ini. Ianya memerlukan masa, siri-siri percubaan, penambahbaikan dan mungkin kesakitan mahupun kegagalan dalam sesuatu perkara itu. Ia tidak akan datang bergolek dan kita perlu keluar dari zon selesa kita untuk mencapainya.
Pengasas Apple, Steve Jobs mungkin seorang yang genius dan berbakat namun jika dia mengalah dan tidak meneruskan usahanya dari garaj kereta, iaitu lokasi pejabat mereka yang pertama, pasti kita tidak akan dapat menggunakan produk Apple pada hari ini.
4. Fokus Kepada Usaha-Usaha Kecil
Kadang-kala sampai pada satu tahap kita sudah hilang fokus dan tidak tahu hendak buat apa untuk mengejar matlamat dan impian kita. Ini kerana terlalu banyak benda yang ada di dalam fikiran kita dan terlalu banyak juga perkara yang kita hendak lakukan di dalam satu-satu masa itu.
Apa yang kita boleh lakukan adalah tarik nafas dalam-dalam, duduk dan senaraikan satu persatu perkara yang kita ingin lakukan itu. Kemudian buatlah analisa sendiri dan fokus-fokuskan usaha-usaha kecil yang perlu anda lakukan pada hari tersebut untuk memudahkan urusan anda mencapai kejayaan yang lebih besar.
Contoh, setkan masa yang tetap untuk kita bangun pagi atau buat senarai nota aktiviti harian anda supaya apabila anda fokus kepada usaha-usaha kecil ini tanpa sedar usaha anda yang lebih besar akan tercapai dengan mudah.
5. Banyakkan Perspektif di dalam Menilai Sesuatu Perkara
Hmm.. tidak kisahlah apa pun matlamat kita, yang penting sekali adakah kita sudah bersedia dengan mindset yang betul?
Ingat! Mulalah dengan berfikir di luar kotak atau secara lain daripada kebiasaan sebelum kita melakukan sesuatu.
Cuba lihat sesuatu situasi dalam perspektif yang berbeza-beza. Percayalah, ini akan bantu kita membuat pengamatan dan penilaian yang lebih baik.
Kita juga akan menjadi seorang lebih baik dari sebelum ini dan bijak dalam membuat keputusan dan mengambil langkah-langkah yang mempu mengubah hidup.
Insyallah..
KOMEN TERKINI