‘Raja Bomoh’ umum bertanding di Bagan Datuk

Ibrahim Mat Zin atau dikenali dengan panggilan ‘Raja Bomoh’, yang pernah mencetuskan fenomena menerusi ‘buah kelapa dan teropong ajaibnya’ beberapa tahun lalu, mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau selaku Presiden Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM) turut menimbang meletakkan calon di Pekan, Pahang selain berjanji untuk memberikan semua wang gajinya sebagai ahli Parlimen kepada rakyat memerlukan di Bagan Datuk jika memenangi PRU14. Beliau telah membuat pengumuman itu di salah sebuah hotel di Bandaraya Ipoh petang tadi.

Antara janji yang diutarakan oleh Ibrahim pada sidang media itu adalah mahu menubuhkan lebih banyak pusat tahfiz dan sekolah pondok tradisional di Bagan Datuk supaya daerah itu menjadi pusat ilmu agama. Menurut beliau lagi, tujuan beliau bertanding bukanlah kerana wang tetapi yakin beliau mempunyai nama dan yakin boleh memdapat sokongan daripada pengundi.

Tambahnya, jika menang, beliau akan membina bangunan di Kuala Lumpur khas untuk para pemberita dan artis.

Kita ucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Jangan sampai hilang deposit sudahlah yer..