TAHNIAH TM MALAYSIA DI ATAS PENGANJURAN SEBUAH PROGRAM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA GOLONGAN USAHAWAN DI BANDARRAYA IPOH INI!

Pada 20hb Februari 2019, PUBI Perak telah menyertai sebuah program anjuran TM Malaysia iaitu SME Biz Net 2019. Program ini telah berlangsung di M Roof Hotel Ipoh Perak.

Ramai usahawan-usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh terutamanya telah menyertai program ini termasuklah ahli-ahli berdaftar PUBI Perak.

Turut hadir ke program ini adalah barisan Ahli Majlis Tertinggi PUBI Perak iaitu En. Sharul selaku Pengerusi PUBI Perak dan diikuti oleh En Nor Adzman selaku Timbalan Pengerusi PUBI Perak dan En Fhami selaku Naib Pengerusi PUBI Perak.

Semoga program ini akan memberi impak dan manfaat kepada semua peserta yang hadir.

Insyallah.