ALHAMDULILLAH, PADA 26HB FEBRUARI 2019 YANG LALU PUBI PERAK TELAH BERJAYA MEMBUKA SEBUAH TAPAK PASAR MALAM YANG BAHARU DI SEPANJANG JALAN LAPANGAN 11, LAPANGAN JAYA.

Syukur, segala yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak nampaknya telah mendatangkan hasil dan berjalan dengan lancar seperti yag dirancang.

Terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang telah bertukus lumus untuk menjayakan Pasar Malam ini.


https://youtu.be/-V2dNMXkW74

Video Rasmi Pembukaan Pasar Malam PUBI Perak @ Lapangan Jaya


Sehubungan dengan itu juga, PUBI Perak juga yang akan dibuka di 3 lagi lokasi yang baharu yang sangat strategik di Bandaraya Ipoh ini seperti berikut:

1) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ TAMAN BOTANI SETIAP HARI RABU (SEPANJANG JALAN MARGOSA B/15, TAMAN SERI BOTANI)

2) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ AMPANG (SEPANJANG JALAN 6A, AMPANG BARU)

3) TAPAK PASAR MALAM PUBI PERAK @ RTC GOPENG (DI ATAS PADANG SEBELAH BANGUNAN FAMA)

Kepada mereka yang ini menambah pendapatan maka Inilah peluang buat semua untuk mencari rezeki dengan berniaga di tapak-tapak pasar malam yang bakal kami buka ini.

Borang permohonan berniaga di tapak pasar malam ini boleh didapati di Pejabat Urusan PUBI Perak SECARA PERCUMA di alamat:

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak
*Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji.

NOTA: Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA

Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat di Bandaraya ipoh ini. Insyallah..


Gambar-gambar Pembukaan Pasar Malam PUBI Perak @ Lapangan Jaya