PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 30hb November 2023 yang lalu, telah berlangsung sebuah program anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertempat di di Hotel Casuarina, Meru Ipoh.
Program yang sangat bermanfaat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan serta memberi pendedahan tentang Program MyMudah anjuran agensi ini serta untuk mendapatkan sokongan dan komitmen untuk pelaksanaan inisiatif MyMudah oleh persatuan di Negeri Perak disamping untuk menubuhkan satu Unit MyMudah di peringkat Persatuan Perniagaan Negeri Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Seminar Pemerkasaan Wanita Di Peringkat Akar Umbi
Program ini telah oleh beberapa persatuan termasuk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) yang telah diwakili oleh Pengerusi En. Sharul Rahman dan juga Bendahari Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis.
Antara badan NGO yang menyertai program ini adalah seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Perak, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) Perak, Pusat Pembangunan Modal Insan Perak, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak (DPPMP), Perak Indian Chamber of Commerce (PICC), North Perak Chinese Chamber of Commerce dan Industry (NPCCCI) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKKM) Peral.
Sebelum program ini bermula, En. Mohamad Azrol selaku Pengarah Wilayah Utara MPC telah memberi sedikit ucapan pembukaan dan mengalukan kehadiran para peserta yang terlibat di dalam program tersebut.
Turut hadir pada acara pembukaan program ini adalah En. Mohamad Nor Bolhi selaku Pengurus Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara.
Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana para peserta telah menerima input-input yang berguna berkaitan Program MyMudah yang telah diperkenalkan sejak Julai 2020 yang lalu sebagai langkah bukan fiskal bagi membantu mengurangkan beban peraturan tidak wajar yang dihadapi peniaga.
Pada November 2021, Kerajaan bersetuju agar Unit MyMudah ditubuhkan di semua Kementerian dan Agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, PBT serta persatuan perniagaan.
Tujuan penubuhan ini adalah untuk melaksanakan semakan peraturan secara terancang bagi menambahbaik persekitaran perniagaan untuk melonjakkan produktiviti dan daya saing.
Kaedah yang telah dilaksanakan adalah menerusi ujikaji peraturan melibatkan kerjasama awam-swasta. Matlamat utama MyMudah adalah untuk mempercepatkan penyelesaian kepada isu kawal selia perniagaan melalui pendekatan Keseluruhan Kerajaan (Whole-of-Government approach) dan penjimatan kos pematuhan peraturan sebanyak 25% setahun.
Ini bagi memastikan peraturan adalah berkualiti, komprehensif, tangkas, responsif dan mampu meningkatkan produktiviti dan daya saing serta merangsang pertumbuhan ekonomi untuk kemakmuran negara.
Inisiatif MyMudah telah dipersetujui melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 2020 untuk membantu perniagaan yang dibebani oleh peraturan yang membebankan dan bagi menyokong pemulihan ekonomi berikutan krisis COVID-19.
PEMUDAH dan MPC ditugaskan untuk melaksanakan intervensi dan bertindak sebagai badan yang menyelesaikan masalah dan mengesyorkan penyelesaian untuk menyelesaikan isu yang didaftarkan oleh industri melalui platform MyMudah.
Akhirnya pada 24 November 2021, MTEN bersetuju bahawa inisiatif MyMudah dipertingkatkan melalui penubuhan Unit MyMudah di semua Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Persatuan Perniagaan.
Semoga dengan berjayanya program ini maka akan melahirkan golongan peniaga dan usahawan yang kompiten serta berdaya maju di samping melahirkan kumpulan usahawan yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan
KOMEN TERKINI