KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini pada 29hb November 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.
Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En Haizul Fakarudin dan En Mohamad Firdaus selaku Bendahari Koperasi.
Manakala mewakili pihak juruaudit luar adalah wakil daripada ARA Associates iaitu En. Rahim dan Pn Nurul.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Lawatan Kerja Kopubi Ke Kolam Ternakan Ikan & Ketam Nipah
Melalui pertemuan ini, pihak KOPUBI Perak Bhd telah bersetuju untuk melantik firma audit ini untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahun 2022 dan ini adalah kali pertama firma ini mengaudit akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd.
ARA Associate adalah salah sebuah firma juruaudit koperasi yang sangat berpengalaman di dalam bidang pengauditan kewangan dan telah mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
KOPUBI sangat percaya dan yakin bahawa firma ini mampu mengaudit akaun koperasi serta menasihati pihak koperasi cara kerja penyimpanan rekod kewangan yang baik serta berdaya saing demi menghasilkan sebuah koperasi yang mampan di Negeri Perak ini.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI