
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 2hb November 2023 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menghantar 2 orang wakil dari kalangan peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023 untuk menghadiri sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Seminar Pemerkasaan Wanita Di Peringkat Akar Umbi : Penulisan Kertas Cadangan Dan Professionalisme Dalam Penulisan.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Lawatan Kerja Ke Bukit Merah Laketown Resort
Untuk makluman semua, program ini adalah anjuran Development of Human Resources for Rural Areas (DHRRA), Malaysia dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat) & Pertubuhan Amal Sahabat Perak dan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat).
Mewakili PUBI Perak bagi program ini adalah dua orang peserta dari Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023 di bawah seliaan PUBI Perak iaitu Pn Rojumaini dan juga Pn Noor Razarini.
Seramai 42 orang peserta dari kalangan Jabatan Kerajaan dan NGO dari dalam negeri perak telah menghadiri program yang sangat berimpak tinggi ini.
Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Tuan Ekmal Hidhir selaku Penghulu Kanan Mukim Hulu Kinta (Lahat) dan diikuti oleh taklimat seminar oleh Ybhg. Dato’ Indrani Thuraisingam.
Turut hadir ke program ini adalah Mr. Saravanan M. Sinapan selaku Presiden Development of Human Resources for Rural Areas (DHRRA).

Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana para peserta telah menimba pelbagai ilmu yang berguna dan mendapat manfaat yang berimpak tinggi serta akan memberi kesan kepada kebaikan perniagaan masing-masing.
Semoga dengan berjayanya program ini akan melahirkan golongan usahawan yang kompiten serta berdaya maju di samping melahirkan kumpulan usahawan yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI