KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 6hb & 7hb Oktober 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dijemput untuk menhadiri Program Kenali Pelaburan Patuh Syariah Bagi Koperasi Negeri Perak dan Bengkel Sistem Online SKM yang berlangsung di MH Hotel, Ipoh Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman beserta 2 orang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En Mohd Fhami Bin Mohamed Nordin dan Cik Nor Zarima Binti Zamzuri.

Majlis Perasmian bagi program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak iaitu En Azam Bin Sulaiman. Turut hadir pada program ini adalah Pengerusi IBC Assets Bhd TYT Prof Datuk Syed Omar Alsaggaf, bekas Duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia ke Arab Saudi.


Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd bergambar dengan Pengerusi IBC Assets Bhd TYT Prof Datuk Syed Omar Alsaggaf, bekas Duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia ke Arab Saudi.

Untuk makluman semua, program ini adalah anjuran bersama International Business Capital Assets Bhd dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak.

Setinggi tahniah kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak yang berjaya menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat dan terima kasih kerana telah menjemput Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk hadir ke program ini.

Diharap dengan usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta akan impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

En Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI