KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 7hb April 2023 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan Program Edaran Beraneka Jenis Bubur kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan anjuran PUBI Perak di Station 18, Ipoh Perak.

AKTIVITI KUMPULAN PUBI SEBELUM INI: Program Edaran Bubur Kumpulan PUBI Di Bazar Ramadan Taman Temara

Syukur sebanyak 100 bekas beraneka jenis bubur telah berjaya diedarkan dalam masa 45 minit kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan di Station 18 ini.

Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut sangat baik walaupun cuaca agak gelap seolah-olah mahu hujan dan telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan dengan izinNya juga program ini sangat berjaya.

Pada program ini, En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Kumpulan PUBI telah mengetuai program amal ini dan disamping turut disertai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan juga Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Antara Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak yang hadir adalah Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga Koperasi KOPUBI Perak Bhd dan Pn Norhuda selaku Penolong Bendahari PUBI Perak merangkap juga Ahli Lembaga KOPUBI Perak bhd.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI juga turut hadir ke program ini dan berkesempatan untuk menyampaikan beberapa bekas bubur kepada para pengunjung di Bazar Ramadan Station 18 ini.

Turut hadir adalah Bendahari KOPUBI Perak Bhd merangkap Ahli Jawatankuasa PUBI Perak iaitu En. Firdaus serta dua orang Ahli Jawatankuasa PUBI iaitu Pn. Jamaliah Md Yatim dan Pn Noor Azlina Omar.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI juga turut hadir ke program ini dan berkesempatan untuk menyampaikan beberapa bekas bubur kepada para pengunjung di Bazar Ramadan Station 18 ini.

Terima kasih kepada pengusaha beraneka jenis Bubur iaitu En Khairul Akmal yang telah menyediakan bubur-bubur yang lazat untuk diedarkan secara percuma kepada pengunjung-pengunjur Bazar Ramadhan ini.

En Khairul Amal juga adalah merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd dan di dalam masa yang sama beliau turut berniaga di Bazar Ramadhan anjuran PUBI Perak di Bazar Ramadan Taman Temara dan juga di Station 18 ini.

Syukur kerana Kumpulan PUBI masih dapat berbakti kepada masyarakat serta menyantuni penduduk setempat dengan aktiviti amal pada bulan yang sangat mulia ini.

Didoakan agar kita semua mendapat keberkatan daripada usaha yang telah dijalankan ini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia