PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Alhamdulillah, pada 28hb September 2019 yang lalu. PUBI Perak sebagai sebuah NGO Usahawan dan NGO Perak yang aktif di bandaraya Ipoh telah menganjurkan kursus usahawan iaitu Kelas Pemantapan dan Pengendalian Microsof Excel & Word (Siri-2) kepada usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini.

Kursus usahawan yang berimpak tinggi ini dijalankan bagi membantu usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh dan di sekitar Negeri Perak yang ingin memajukan perniagaan masing-masing.

Kelas ini telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar yang sangat mahir dan pakar di dalam bidangnya iaitu Mr. Kenny yang juga merupakan tenaga pengajar yang dilantik oleh PUBI Perak untuk mengendalikan kelas-kelas latihan yang melibatkan kemahiran komputer

Seramai hampir 12 orang peserta telah mengikuti kelas ini terdiri daripada usahawan & bakal usahawan. Antara topik-topik yang akan dipelajari oleh peserta yang hadir hari ini adalah seperti berikut:

Microsoft Word :-

  1. Borders and Watermarks
  2. Working with Images
  3. Working with Tables

Microsoft Excel

  1. Working with Formulas
  2. Working with Functions.
  3. Working with Graphs

Semoga dengan terlaksananya kelas ini, PUBI Perak sebagai NGO yang menerajui sektor pembangunan usahawan di Bandaraya Ipoh telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya demi memastikan kelestarian sektor keusahawanan yang kian mencabar ini.

Dengan ilmu pengetahuan yang mantap terutamanya di dalam bidang pengurusan maka akan lahirlah usahawan-usahawan yang berdaya saing serta maju di masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin di bandaraya Ipoh akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan secara amnya di seluruh negeri Perak.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mohd Fhami
Timbalan Pengerusi PUBI Perak