
KEMALANGAN – POLIS MAUT SELEPAS LIMA HARI BERTARUNG NYAWA
Mangsa, Muhammad Naim Ahmad Daud, 26, yang bertugas di Balai Polis Presint 7 meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kemalangan pada jam 6.35 pagi.
“Mangsa mengalami kecederaan di lutut, kepala dan tangan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
KEMALANGAN: Ibu Tunggal Maut Nahas, Tinggalkan 4 Anak Masih Kecil
“Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah malam hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Zulkefly memaklumkan pada mulanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) akta yang sama.
Sumber: Sinar Online
KOMEN TERKINI