KISAH KEHIDUPAN – BEZA AGAMA BUKAN HALANGAN USTAZ EBIT LEW UNTUK TERUS MEMBANTU GOLONGAN SUSAH

Selepas kembali memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew tidak lagi memandang kebelakang dan terus menguhulurkan bantuan buat sesiapa sahaja.

Sejak minggu lepas, Ustaz Ebit Lew telah turun padang ke kawasan daerah Sungkai, Perak dan telah memasuki daerah perkampungan demi memberikan bantuan tanpa mengira kaum ataupun agama.

Dalam postingnya di Facebook, pendakwah tersebut mengakui berasa sebak melihat keadaan beberapa keluarga yang daif dengan rumah yang didiami mengalami kerosakkan.

KISAH KEHIDUPAN: Pernah Jadi Anak Didik Dr Fadzilah Kamsah, Ebit Lew Kongsi Perjalanan Hidup Sebagai Penceramah

Walaupun ditawarkan untuk tinggal dirumah yang lebih selesa, mereka menolak dengan baik kerana memikirkan jarak perjalanan ke tempat kerja yang agak jauh.

Sebak hati di perkampungan India di Sungkai. Saya di bawa oleh ketua kampung disini. Makcik ini kerja sawit. Berapa ringgit jer sehari. Menumpang jer rumah orang ditinggalkan. Rumah ini tiada air dan elektrik. Tiada dinding. Tuan tanah beri jer tumpangkan. Makcik ini tumpang tandas jirannya saudara juga. Tak sangka ada orang susah begini. Dah bertahun-tahun. Kasihan makcik ini.

Sebak sayu. Saya ajak pindah rumah sewa baru. Dia nak dekat tempat kerja kutip buah. Saya belum dapat cari rumah betul-betul dekat situ. Saya ada tanya lagi betul-betul dekat situ dan ada cadangan nak tolong buatkan rumah dekat situ. Sedih rasa.

Doakan yer dapat jalan penyelesaian dan dapat bantu. Bincang dengan ketua kampung tadi. Makcik ini baik sangat. Beri duit belanja dan barang dapur untuk masak. “

Luahan hati Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau.

Dalam pada itu juga, Ebit Lew turut sempat singgal ke beberapa buah kuil untuk bertemu sami bagi memberikan sumbangan kepada mereka.

Barangan dapur dan sedikit wang tunai di serahkan bagi membantu mereka memberi barangan keperluan ketika dalam keadaan sukar seperti ini.

Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diruangan facebook komen.

Mereka telah menzahirkan rasa kagum dan terharu kepada Ebit Lew kerana langsung tidak menjadikan agama dan kaum sebagai batasan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesempitan.

Sumber : Facebook Ebit Lew