Gambar – MalaysiaGazette

INF0 – POLIS BERI KEBENARAN KEPADA EBIT LEW SAMPAIKAN SUMBANGAN SEMASA PKP – HUZIR

KUALA LUMPUR – Polis memberi kebenaran kepada Ebit Liew untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah bebas untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Setakat ini tiada kertas siasatan dibuka ke atas Ebit Lew. Walaubagaimanapun tiada sesiapapun yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang perlanggaran berkaitan pelaksanaan PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL SEBELUM INI: Ustaz Ebit Lew Dipanggil Polis Cawangan Khas Bukit Aman Dan Akan Berhenti Membantu Orang Susah

Menurut Huzir, walaupun ramai dalam kalangan masyarakat yang memberi respon positif dan menyokong aktiviti kebajikan Ebit, namun polis mendapati terdapat juga segelintir masyarakat yang kurang senang dengan pendakwah itu menyebabkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan.

“PDRM ingin memaklumkan bahawa tujuan beliau dipanggil adalah berkaitan reaksi orang ramai berkenaan tindakannya memaparkan aktiviti kebajikan yang dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam media sosial dan media massa,” ujarnya.

Katanya, polis juga sedia maklum keluhan Ebit apabila beliau terpaksa menghentikan memberi bantuan setelah dipanggil oleh Cawangan Khas Bukit Aman semalam.

Sumber: MalaysiaGazette

BACA LANJUT: Biodata Ustaz Ebit Lew; Insan Yang Banyak Menyantuni Masyarakat Dengan Hikmah