PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 5hb November 2024 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan sebuah sesi berbincangan sebagai persediaan untuk menghadiri sebuah Sesi Perbentangan Bagi Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk tahun 2025 di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Komuniti.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Perasmian Penutup Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen
Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Urusan Kumpulan PUBI yang beralamat di Station 18 Ipoh Perak dan telah diketuai oleh En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak.
Turut hadir ke sesi ini adalah En. Haizul Fakarudin, Setiausaha PUBI Perak dan Saudara Mohammad Nafis, Bendahari PUBI Perak.
Pada sesi tersebut, En. Sharul Rahman telah mengetua perbincangan dan mengadakan ‘Roll Play’ Perbentangan dan membuat simulasi bersama En. Haizul Fakarudin dan Saudara Mohammad Nafis.
Alhamdulillah, pada 24hb Oktober 2024 yang lalu, PUBI Perak telah menerima surat jemputan daripada pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Komuniti untuk hadir sebagai salah sebuah NGO yang akan membentangkan kerja kerja pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar bagi tahun 2025.
Difahamkan terdapat lebih 50 NGO dari seluruh negara telah dijemput pada sesi perbentangan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi dan hanya NGO yang berjaya menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian sahaja yang akan terpilih untuk menjalankan program tersebut.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk membentangkan kertas kerja pihak persatuan dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI