PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 13hb Oktober 2024 yang lalu, telah berlangsung hari Majlis Perasmian Punutup Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) yang melibatkan 30 orang peserta yang telah terpilih untuk mengikuti kursus yang dijalankan pada 11hb – 13hb Oktober 2024 ini bertempat Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak dan Bengkel Latihan JWAN Delight bertempat di Kampung Temiang, Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk/Beku) (Hari Ketiga)
Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Puan Kavaramma A/P Subramaniyam selaku Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak.
Hadir bersama ke Majlis Perasmian Penutup adalah Cik Nor Aliana binti Abdulillah selaku Penolong Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak dan En Sharul Rahman, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).
Turut hadir adalah En Muhammad Farhan bin Che Zafri selaku Timbalan Pengerusi PUBI Perak, En Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan, Setiausaha PUBI Perak, En Mohammad Nafis bin Zamah zari, Bendahari PUBI Perak dan seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak.
Alhamdulillah, Kursus yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini telah sampai ke penghujungnya dan para peserta telah tamat menjalani Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk/Beku) ini dengan jayanya.
Sepanjang kursus ini para peserta telah diberikan pelbagai ilmu yang sangat berguna serta latihan dan pembelajaran praktikal teknik Pembuatan Kuih Karipap Frozen disamping mempelajari teknik pembungkusan sejuk beku yang betul mengikut standart yang telah ditetapkan.
Para peserta juga telah dihidangkan dengan tips-tips perniagaan yang bermanfaat dari tenaga-tenaga pengajar yang sangat berpengalaman serta berpengetahuan luas di dalam bidang masing-masing.
Sebelum berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian sijil kepada peserta, Pihak Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak telah hadir bagi menyampaikan sebuah slot yang sangat berguna iaitu Advokasi Antigangguan Seksual-AAGS.
Alhamdulillah, program yang dirancang selama 3 hari 2 malam ini telah berjalan dengan baik serta mengikut perancangan yang telah ditetapkan serta mencapai objektifnya.
Semoga program ini akan memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih terutamanya golongan wanita serta mampu menjadikan mereka seorang usahawanita yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan ini adalah satu penghormatan yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI