INFO: PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK (BKK JKM) RM1000 SEBULAN
Kepada kanak-kanak yang layak, mereka boleh memohon bantuan kanak-kanak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bergantung pada beberapa kriteria, kanak-kanak ini boleh memperoleh bantuan sebanyak RM150 sebulan (minimum) sehingga RM1000 sebulan (maksimum).
Peningkatan kepada amaun RM1000 ini dibuat melalui pembentangan dalam Bajet Belanjawan di Dewan Rakyat, selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Dananita MARA 2022 – Skim Pembiayaan Wanita Hingga RM150,000
Pecahan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
OBJEKTIF DAN TUJUAN BKK JKM
Dikenali sebagai program Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM), ianya bertujuan membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Selain itu, BKK JKM turut bertujuan membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
KELAYAKAN BKK JKM
- Hanya untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Keluarga atau penjaga yang memberi penjagaan kepada kanak-kanka tersebut mempunyai pendapatan isi rumah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Berumur bawah 18 tahun
- Jika berumur 18 tahun ke atas – boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga ke peringkat menengah atas
- Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan mengikut kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
CARA PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK
Terdapat 2 cara untuk memohon bantuan bagi kanak-kanak yang diberikan oleh pihak JKM ini iaitu:
- Secara dalam talian
- Secara manual di pejabat JKM
PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN
Untuk permohonan secara dalam talian, anda boleh layari pautan di bawah dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan bagi membolehkan permohonan bantuan kanak-kanak ini diproses: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
SECARA MANUAL DI PEJABAT JKM
Permohonan secara manusal boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Pemohon perlulah memuat turun borang di bawah, lengkapkan butiran yang diminta dan bawa bersama ke pejabat JKM:
Bagi memudahkan urusan, pemohon perlu membawa bersama beberapa dokumen seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
PERTANYAAN
IBU PEJABAT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI