PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 09hb Februari 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Sekretariat Usahawan Negeri Perak atau lebih dikenali sebagai STeP.

Menyambut kehadiran wakil deligrasi PUBI Perak adalah Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak iaitu Mohamad Rozlan Mohamad Razalli dan pertemuan telah diatur selama hampir satu jam di Bilik Mesyuarat Pejabat Sekretariat Usahawan Negeri Perak yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Perbentangan Program PEKB Tahun 2022

Mewakli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan, Timbalan Pengerusi Persatuan, En Shahrul Izam. En Haizul Fakarudin selaku Naib Pengerusi Persatuan merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan, En Mohammad Nafis selaku Bendahari Persatuan dan Pn. Norhuda selaku Penolong Bendahari. Turut hadir pada sesi ini Timbalan Pengarah Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak.

Objektif utama Kunjungan Hormat PUBI Perak serta lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara PUBI Perak dengan Pihak Sekretariat Usahawan Negeri Perak disamping mempekenalkan latar belakang persatuan serta aktiviti yang telah dijalankan oleh PUBI Perak bagi membantu usahawan di Bandaraya Ipoh ini.

Antara lain turut dibincangkan bersama adalah kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan bagi memantapkan lagi sektor keusahawanan di Negeri Perak ini secara amnya dan secara khususnya di Bandaraya Ipoh demi masa depan yang lebih baik dan gemilang.

Alhamdulillah, Pihak Sekretariat Usahawan Negeri Perak telah menyambut baik kehadiran wakil daripada PUBI Perak ini di mana perbincangan serta cadangan yang diutarakan di dalam pertemuan ini berjalan dengan lancar dan harmoni.

En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak mengetuai deligrasi ke Pejabat STeP Perak di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.

Kedua-dua pihak telah menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan lagi agenda dan objektif pembangunan keusahawanan demi masa hadapan peniaga-peniaga kecil mahupun besar di Negeri Perak ini.

Semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak disamping memberi faedah dan peluang untuk membangunkan usahawan pada masa hadapan serta mendapat faedah bersama pada masa hadapan.

Insyallah, hasil dari pertemuan ini PUBI Perak beriltizam untuk meneruskan perjuangan dalam usaha membangunkan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya dan di Negeri Perak secara amnya.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju bersama di dalam gabungan yang berjaya ditubuhkan dan berdaya saing sebagai sebuah Gabungan Persatuan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBI #NGOUsahawan #CaknaEkonomiBangsa