EKONOMI – BANK, PERNIAGAAN YANG UNTUNG BERBILION SETIAP TAHUN

Kami yakin ramai pembaca kami yang bekerja dalam sektor perbankan. Banyak kelebihan bila dapat bekerja dengan bank. Gaji tinggi, benefit tinggi, increment tinggi, bonus pun tinggi setiap tahun.

Sebab apa bank mampu untuk memberi banyak kemudahan kepada staff mereka? Ini kerana kalau diikutkan, bank adalah perniagaan yang untung berbilion ringgit setiap tahun.

Berikut merupakan keuntungan bersih bank-bank di Malaysia bagi tahun kewangan 2019.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Konvensional Dan Shariah)

Tengok sajalah keuntungan bersih yang dicatatkan oleh bank-bank terkemuka di Malaysia ni.

Siapa yang takde akaun simpanan dengan Maybank? Soft toy harimau tu mesti ada kan?

Siapa yang takde buat pembiayaan kereta dengan Public Bank?

Siapa yang takde kad kredit dengan CIMB? Atau souvenir sotong ?

Siapa yang tak buat pembiayaan rumah dengan Hong Leong Bank?

Siapa yang tak masuk gaji dengan RHB?

Siapa yang tak pernah tengok iklan Ambank? Masa kecik-kecik dulu mesti ada tabung unta tu kan?

Disebabkan ramai rakyat Malaysia yang banyak membuat pinjaman/pembiayaan dengan bank-bank di atas termasuk kemudahan kad kredit.

Lebih ramai pelanggan, lagi tinggi pendapatan, lagi tinggi keuntungan bank.

BIMB (BANK ISLAM) PULA UNTUNG RM786.92 JUTA PADA TAHUN 2019

Mungkin keuntungan BIMB tak mencecah angka RM1 bilion, namun BIMB telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM786.92 juta, berbanding RM682.06 juta pada tahun 2018. Ianya merupakan peningkatan sebanyak 15.37% berbanding tahun sebelumnya.

Saham BIMB tersenarai di Bursa Malaysia dan satu-satunya saham syarikat bank yang patuh syariah. Harga saham BIMB semasa artikel ini ditulis adalah RM3.05.

KEUNTUNGAN AGROBANK PULA SEDIKIT MENURUN

Ramai yang suka dengan tindakan AgroBank untuk tidak mengenakan caj keuntungan tambahan ke atas pembiayaan untuk semua pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak moratorium automatik untuk enam bulan.

SumberAudited Financial Statements For The Year Ended 31 December 2018

Namun jika dilihat kepada prestasi Agrobank, keuntungan bersih menurun sedikit kepada RM133.982 juta bagi tahun 2018.

Adakah dengan tindakan ‘murni’ Agrobank untuk tidak mengenakan sebarang faedah bagi yang mengambil moratorium tersebut, bakal melihat lebih ramai pelanggan beralih kepada mereka?

Sumber: Majalah Labur