USAHA UNTUK MELAHIRKAN DAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN KECIL MAHUPUN BESAR DITERUSKAN OLEH PUBI PERAK DENGAN USAHASAMA BERSAMA FAMA PERAK.

Pada 31hb Januari 2019 yang lalu, PUBI Perak telah mengadakan perjumpaan rasmi dengan Pihak FAMA Negeri Perak bagi membincangkan projek usahasama di antara PUBI Perak dan FAMA Perak.

Pihak FAMA Perak telah diwakili oleh Tuan Haji Idris Bin Tahir selaku Timbalan Pengarah (Pembangunan Usahawan) FAMA Perak dan Juga Pegawai FAMA Perak iaitu En Mohd Salleh.

Manakala mewakili PUBI Perak ada Tuan Pengerusi, En. Sharul serta wakil Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang lain.

Syukur ini mesyuarat berjalan lancar dengan masing-masing bertukar-tukar pendapat dan pandangan bagi menjayakan projek usahasama yang julung kali diadakan.

Semoga dipermudahkan olehnya dan semoga perkara ini menjadi kenyataan.

Insyallah..

#PUBIPerak #FAMAPerak