KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 1 Julai 2025 yang lalu, satu sesi perjumpaan khas telah diadakan di Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat), Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak.

Perjumpaan ini melibatkan wakil daripada Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dan pihak Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat) bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 2025 peringkat Negeri Perak.

Dalam pertemuan tersebut, pihak KOPUBI telah diwakili oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Pengerusi Koperasi dan En. Khairul Akmal bin Razali selaku Ahli Lembaga Koperasi.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Sesi Sharing ‘Perkongsian Pengalaman’

Mereka telah bertemu dengan Encik En. Mohd Shahdu Azree bin Mohamed Yusof, Penghulu Kanan Mukim Hulu Kinta (Lahat) serta En. Khairul Anuar bin Che Din, Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat).

Perbincangan utama dalam perjumpaan ini adalah berkaitan cadangan pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 2025 anjuran ANGKASA Negeri Perak di mana KOPUBI Perak Bhd telah dipilih sebagai Koperasi Pelaksana bagi program ini di kawasan Parlimen Ipoh Timor.

Lokasi yang dicadangkan untuk dilaksanakan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 2025 ini adalh di perkarangan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat).

Untuk makluman semua, objektif program ini adalah untuk menawarkan barangan keperluan asas kepada orang ramai pada harga yang berpatutan serta memperkukuhkan hubungan strategik antara koperasi dan komuniti setempat.

Pengerusi KOPUBI turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan kerjasama daripada Pejabat Penghulu bagi menjayakan program ini.

Antara yang dicadangkan ialah penglibatan agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Kesihatan Malaysia untuk turut serta membuka reruai pameran dan perkhidmatan semasa program berlangsung, sekaligus memeriahkan suasana dan memberi manfaat berganda kepada para pengunjung.

Selain aspek logistik dan penglibatan agensi, sesi ini juga menyentuh perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti sampingan yang bersesuaian untuk menarik minat orang ramai hadir ke lokasi program.

Antara cadangan termasuklah aktiviti berbentuk pameran, pemeriksaan kesihatan percuma, serta aktiviti kekeluargaan komuniti setempat.

Pihak KOPUBI telah diwakili oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Pengerusi Koperasi dan En. Khairul Akmal bin Razali selaku Ahli Lembaga Koperasi.

Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah agenda MADANI yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan keperluan asas pada harga mampu milik.

Program ini dilaksanakan secara kerjasama strategik antara pihak kerajaan, badan berkanun, koperasi, serta peniaga tempatan bagi memastikan manfaatnya sampai secara langsung kepada rakyat marhaen di pelbagai peringkat.

Pihak KOPUBI menzahirkan keyakinan bahawa program seumpama ini dapat menjadi platform bukan sahaja untuk membantu pengguna, malah turut merangsang aktiviti ekonomi tempatan, di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan koperasi.

Perjumpaan ini berakhir dengan persefahaman bersama bagi meneruskan perancangan lebih terperinci berkaitan pelaksanaan program ini dalam masa terdekat.

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) sangat berbesar hati kerana telah dipilih oleh pihak ANGKASA Negeri Perak sebagai koperasi pelaksana utama bagi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 2025 peringkat negeri.

Pemilihan ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan besar kepada KOPUBI atas komitmen berterusan dalam memacu pembangunan ekonomi koperasi serta peranan aktif dalam komuniti setempat.

KOPUBI amat menghargai kepercayaan yang diberikan ini dan akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya di kawasan Parlimen Ipoh Timor dan sekitarnya.

Sebagai penutup, pihak koperasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat) atas kesudian menerima kunjungan dan keterbukaan untuk bekerjasama.

Semoga jalinan strategik ini dapat diteruskan dalam pelbagai bentuk kerjasama lain pada masa akan datang demi manfaat bersama.

Insyallah.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #ANGKASA #CoopAngkasa #ANGKASANegeriPerak #PJRM2025 #JualanRahmahMadani