KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 29 Jun 2025 (Ahad), satu program khas bertajuk Perkongsian Kisah Kejayaan Bersama Pn. Hjh Salwa Taib telah berjaya dianjurkan oleh Team MyAngkasa Amanah Berhad di bawah KOPUBI Perak Bhd.

Program ini telah diadakan di Pejabat KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh dan berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Pn. Hjh Salwa Taib, yang dikenali sebagai ikon jualan dan pemimpin berpengaruh dalam perkhidmatan amanah, telah berkongsi pengalaman beliau yang begitu bermakna kepada semua peserta

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Mesyuarat Agung Tahunan Kopubi Perak Bhd Kali Ke-7

Sesi ini bukan sekadar perkongsian cerita kejayaan, tetapi lebih kepada pendedahan panduan sebenar yang terbukti berkesan berdasarkan pengalaman beliau di lapangan.

Antara pengisian utama dalam sesi ini termasuk strategi kejayaan membina pasukan yang mantap serta mengekalkan prestasi yang konsisten, teknik membina keyakinan dalam komunikasi bersama prospek, dan pendekatan profesional dalam mempromosikan perkhidmatan Hibah dan Wasiat.

Pn. Hjh Salwa juga turut berkongsi kisah jatuh bangun beliau sebagai seorang pemimpin dalam industri ini, sekali gus memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus cekal dan bersemangat.

Sesi ini turut membuka ruang untuk sesi soal jawab terbuka, di mana para peserta berpeluang untuk bertanya soalan secara langsung dan mendapatkan pandangan serta nasihat terus daripada beliau.

Suasana sepanjang program sangat interaktif, penuh motivasi dan membina keyakinan dalam kalangan peserta yang hadir.

Pn. Hjh Salwa Taib, yang dikenali sebagai ikon jualan dan pemimpin berpengaruh dalam perkhidmatan amanah, telah berkongsi pengalaman beliau yang begitu bermakna kepada semua peserta.

Program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuh kompetensi barisan Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan Wakil Pemasaran MyAngkasa Amanah Berhad di bawah KOPUBI Perak Bhd.

Diharapkan sesi seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan sebagai platform pembelajaran, pengukuhan strategi serta motivasi dalam menjalankan perkhidmatan amanah secara lebih berkesan dan beretika.

Sebagai penutup, KOPUBI Perak Bhd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Hjh Salwa Taib atas kesudian beliau berkongsi pengalaman berharga yang bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta, malah turut membuka ruang kepada pembinaan strategi yang lebih berkesan dalam penyampaian perkhidmatan amanah,

KOPUBI Perak Bhd berharap agar penganjuran program seperti ini dapat diteruskan secara berkala sebagai platform pembangunan ilmu, perkongsian pengalaman sebenar dan pengukuhan peranan setiap ejen serta pemimpin dalam memperjuangkan perkhidmatan hibah, wasiat dan pengurusan pusaka secara berintegriti dan profesional.

Insayallah.

#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #TeamMAABKOPUBI #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia