KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 3 Julai 2025 yang lalu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd. telah diadakan bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Station 18, Ipoh, Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman, selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan, Setiausaha KOPUBI Perak Bhd., Pn. Zuraida binti Zulkepli, Penolong Setiausaha, En. Khairul Akmal bin Razali, Ahli Lembaga KOPUBI serta ahli-ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-7 tahun 2025.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Taklimat Kerjaya Kopubi Perak Bhd

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk menyemak serta menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung KOPUBI Perak Bhd. kali ke-7 yang telah berlangsung pada 21 Jun 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak.

Mesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam memastikan ketelusan dan ketepatan rekod mesyuarat agung tahunan yang menjadi rujukan rasmi koperasi.

Proses penentusahan ini adalah sebahagian daripada amalan tadbir urus yang baik dan komitmen KOPUBI dalam memastikan integriti serta akauntabiliti pengurusan terus terpelihara.

KOPUBI Perak Bhd. terus komited untuk memperkukuh prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap aspek pengurusan koperasi.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman, selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

Melalui pelaksanaan mesyuarat ini, KOPUBI bukan sahaja mematuhi keperluan perundangan, malah menzahirkan iltizam untuk menjadi sebuah koperasi yang profesional, progresif dan berwibawa.

Sebagai sebahagian daripada gerakan koperasi di Negeri Perak, KOPUBI Perak Bhd. sentiasa menyahut aspirasi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam menjadikan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Berteraskan visi untuk menjadi koperasi pilihan utama usahawan serta misi membina jaringan keusahawanan yang berdaya saing, KOPUBI Perak Bhd. akan terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa komuniti melalui semangat kerjasama dan keusahawanan.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #JKPenentusahMinit #MesyuaratAgungTahunan #MAT2025 #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia