KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 16hb Februari 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama strategik bagi melaksanakan Projek Raya Mesti Gempak bersama salah sebuah Butik Vendor terkenal di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI yang bertempat di Station 19, Ipoh Perak.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan dua orang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Kharul Akmal dan Pn Zuraida merangkap Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari KOPUBI serta mewakili Butik Gondola 31 punya adalah pengasas butik tersebut iaitu Saudara Nizam Baharudin dan pasangan beliau.

Melalui perjanjian usahasama ini pihak KOPUBI akan mengeluarkan sejumlah modal bagi pembelian pakaian raya berjenama seperti Baju Kurung, Baju Melayu, Tudung dan sebagainya dan akan dijual di Butik Vendor No1 di Negeri Perak ini bermula 1 Ramadhan sehinggalah akhir syawal nanti.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perjumpaan Bulanan Staf KOPUBI Perak Bhd

Selain itu, kerjasama yang terjalin ini akan meliputi penggunaan jenama masing-masing bagi tujuan promosi dan pemasaran di samping pertukaran idea untuk kemajuan bersama pada masa hadapan.

KOPUBI sangat percaya dan yakin ini adalah satu usahasama yang mampu menjana pendapatan kepada KOPUBI serta memberi pulangan yang tinggi seterusnya mampu meningkatkan ekonomi anggota koperasi melalui pengagihan dividen yang agak tinggi pada masa akan datang.

Insyallah, sasaran dividen sebanyak 15% setahun pada masa akan datang adalah tidak mustahil melalui projek-projek yang berdaya maju dan telah dilaksanakan ini melibatkan KOPUBI Perak Bhd.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sedang meneliti dokumen perjanjian bagi projek usahasama ini.

Setelah temerai perjanjian ini maka akan bermulalah sebuah episod baharu KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini.

Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang konsisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd terutama pada musim perayaan yang mememang menjadi lubuk menjana pendapatan bagi para usahawan di negara kita ini.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia