KISAH KEHIDUPAN – DALAM MASA 3 JAM USTAZ EBIT LEW BANTU UNTUK DAPATKAN RUMAH BARU UNTUK KELUARGA SUSAH
Ustaz Ebit Lew dalam satu lontaran facebooknya pada hari ni telah memaklumkan kisah sebuah keluarga yang tinggal kawasan paya di Sungai Petani, Kedah.
Mereka adalah keluarga yang susah yang telah tinggal di situ semenjak 35 tahun dulu dan mencari rezeki dengan memancing di kawasan tersebut.
Di rumah yang uzur terdapat dua pasangan suami isteri dengan 9 orang anak dan mereka turut menjaga emak serta ayah yang telah uzur.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Beza Agama Bukan Halangan Ustaz Ebit Lew Untuk Terus Membantu Golongan Susah
Ustaz Ebit Lew juga memaklumkan bahwa anak paling besar keluarga ini berumur 20 tahun dan 18 tahun sehinggalah kepada bayi yang kecil.
Cuma Ramadhan kali ini saya nak tumpang kebaikan saya nak carikan rumah sewa yang baru dan nak berikan pada mereka percuma. Api dan air saya akan bayarkan. Mulanya mereka berat hati kerana tak sangka dan tak susahkan saya. Mereka kenal saya. Selalu dengar ceramah saya.”
Ustaz Ebit Lew
BERJAYA DAPATKAN RUMAH DALAM MASA 3 JAM
Syukur Alhamdulillah, tidak lama kemudian Ustaz Ebit Lew membuat sebuah lagi posting di facebook beliau dan memaklumkan bahawa beliau telah berjaya mendapatkan rumah yang baharu buat keluarga tersebur.
Beliau turut memmelikan mereka sebuah mesin basuh yang baharu, katil dan tilam untuk 11 orang, TV, Rice Cooker, Cerek Elektrik dan juga 2 buah almari baju yang cantik.
Begitulah, apabila niat kita baik untuk menolong orang susah maka dengan izinNya maka dipermudahkan segala urusan kita dalam usaha membantu orang susah tersebut.
Hari bahagia air mata di Sungai Petani Kedah dalam masa 3 jam. Menangis keluarga ini kerana setelah 35 tahun rumah di paya tadi. Saya hadiahkan beri tinggal rumah 2 tingkat buat kakak ini dan 9 anaknya serta mak ayah yang uzur sangat. Melihat air mata mereka dan tangisan mereka dekat waktu lailatulqadar ini terasa kasih sayang Allah. Saya bayar sewa dan deposit semua tadi. InsyaAllah saya akan terus bayar.
Sekeluarga ini menangis jer tadi. Mereka selalu dengar ceramah saya. Anaknya semua masih bersekolah. Dari kecil susah, 15 tahun dah keluarga kahwinkan. Maknya tak berapa sihat semenjak kecil. Selalu merayau sana sini.
Ustaz Ebit Lew
Di dalam posting tersebut, Ustaz Ebit Lew turut berterima kasih kepada pihak zakat yang memberi zakat sebanyak RM300 setiap bulan, JKM sebanyak RM150 sebulan dan beliau juga berterima kasih kepada YB yang pernah membantu membaiki rumah ini satu masa dahulu.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada NGO dan orang kampung serta AJK masjid yang semuanya terlalu banyak membantu keluarga ini.
” Allah sahaja membalas budi baik mereka. Berjuta khidmat mereka keatas ramai orang. Saya tumpang satu keluarga ini dengan berkat sokongan dan doa semua. Terima kaseh.” Ujar EBit Lew di facebook beliau.
“Secebis usaha berbanding usaha ketua masyarakat semua. Tiada daya upaya saya melainkan dengan pertolongan Allah.” Tambah beliau lagi.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew
KOMEN TERKINI