fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI KUMPULAN PUBI

Barisan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi (JKMT) Kumpulan PUBI Sesi 2019 – 2022


PENGERUSI KUMPULAN PUBI
En. Sharul Baha Bin Abd Rahman

TIMBALAN PENGERUSI KUMPULAN PUBI
En. Mohd Fhami Bin Mohamed Noordin

NAIB PENGERUSI KUMPULAN PUBI
En. Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus

SETIAUSAHA KUMPULAN PUBI
En. Mohamad Jamean Bin Zulkepli

BENDAHARI KUMPULAN PUBI
Cik Nor Zarina Binti Zamzuri





MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA

1. Menjadi sebuah jawatankuasa yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.

2. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli terutamanya Ahli Jawatankuasa Kumpulan PUBI di dalam bidang keusahawanan dan seterusnya menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak.

3. Menyusun serta merangka bantuan dalam bentuk yang bersesuaian kepada ahli dan masyarakat luar seperti mengadakan kursus-kursus atau seminar motivasi yang bersifat perniagaan dan keusahawanan secara berkala ke arah penyatupaduan.

4. Menjadi nadi untuk menggalak dan menyedarkan ahli dan Ahli Jawatankuasa Kumpulan PUBI agar menjadi usahawan yang bersatu padu serta berilmu dan rajin berniaga disamping berusaha untuk berjaya dalam hidup.

5. Mewujudkan semangat untuk menanam dan menerap nilai-nilai murni dan kepimpinan kepada seluruh ahli terutamanya Ahli Jawatankuasa Kumpulan PUBI bagi meningkatkan produktiviti dan kemajuan intelek ke tahap yang lebih Cemerlang berlandaskan penyatupaduan.


VISI JAWATANKUASA

’Menjadi sebuah jawatankuasa yang berdaya saing dan mantap di dalam menguruskan keseluruhan entiti di bawah Kumpulan PUBI serta menjaga kebajikan serta membela nasib ahli-ahli serta angota di bawah Kumpulan PUBI agar mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara menjelang 2030.’

MISI JAWATANKUASA

’Memupuk kesepakatan dan persefahaman di antara ahli dan anggota agar maju di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran serta saling hormat-menghormati dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang tolong menolong di antara satu sama lain.’

MOTO JAWATANKUASA

‘BERSATU MEMIMPIN MASA DEPAN’

FALSAFAH JAWATANKUASA

’Membimbing jawatankuasa dengan jujur, amanah, sabar dan prihatin tanpa mengira masa dan waktu.’


Fungi UTAMA JK Majlis Tertinggi Kumpulan PUBI Perak adalah sebagai sebuah jawatankuasa khas yang membuat keputusan berkaitan dasar KUMPULAM PUBI dan membuat keputusan-keputusan penting berkaitan perlembagaan pertubuhan, undang-undang kecil, keahlian, keanggotaan, aktiviti serta program yang bakal dijalankan oleh KUMPULAN PUBI termasuk mana-mana entiti-entiti di bawah KUMPULAN PUBI yang bakal ditubuhkan seperti anak syarikat persendirian atau anak syarikat perkongsian atau koperasi atau kelab yang ditubuhkan oleh pertubuhan ini.

Setiap keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh JK Majlis Tertinggi hendaklah dibawa dan dikemukakan terlebih dahulu di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Entiti masing-masing untuk pertimbangan serta tindakan oleh setiap Ahli Jawatankuasa/Ahli Lembaga entiti tersebut.





BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 011-65683924.
All images are copyrighted to their respective owners.