PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 24hb Februari 2024 yang lalu telah berlangsung Majlis pengundian tapak bazar ramadan 2024 anjuran PUBI Perak bertempat di dewan orang ramai Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat Perak Darul Ridzuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Rumah Terbuka CNY 2024 Anjuran CGC Perak

Seramai hampir 60 orang peniaga telah hadir pada sesi pengundian ini yang melibatkan lebih 90 tapak bazar ramadhan dan 44 buah khemah bersaiz 20′ x 20′ akan disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Proses pengundian ini diadakan bagi menentukan petak perniagaan kepada peniaga-peniaga yang terlibat di mana petak perniagaan tersebut dilaksanakan melalui proses undian yang dijalankan secara telus dan adil.

Pengundian petak perniagaan ini melibatkan dua buah bazar ramadan yang diuruskan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) setelah dilantik secara rasmi sebagai salah satu penganjur bagi Bazar Ramadan bagi tahun 2024 di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

Untuk makluman semua, pada tahun 2023 ini PUBI Perak akan menganjurkan Bazar Ramadan di dua buah lokasi yang sangat strategik iaitu di Station 18 (Laluan di perkarangan AEON Ipoh Station 18) dan juga di Taman Temara.

Alhamdulillah, majlis yang dirancang telah berjalan dengan lancar di mana Pengerusi PUBI Perak, En. Sharul Rahman telah mengetuai majlis tersebut dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa beliau yang terdiri daripada Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Persatuan, En Mohamad Nafis selaku Bendahari Persatuan dan En Khairul Akmal selaku Ketua Jawatankan Kuasa bagi penganjuran Bazar Ramadan 2024.

Turut hadir pada majlis ini adalah wakil daripada pihak Majlis Bandaraya Ipoh serta wakil daripada Maybank Station 18 yang hadir memberikan untuk memberi taklimat serta tawaran-tawaran yang menarik kepada peniaga yang hadir pada majlis tersebut.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI sedang memberi taklmat berkaitan Bazar Ramadan yang diselia di bawah Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dengan Kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh bagi tahun 2024 ini.

Untuk pengetahuan umum, Pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah menyediakan sebanyak 75 buah tapak periagaan di Bazar Ramadhan Taman Temara dan juga Station 18 (berhadapan AEON Station 18) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada tahun ini melibatkan lebih 50 orang peniaga.

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadhan di bawah Majlis Bandara Ipoh.

Tahniah juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa saya yang bertukus lumus menjayakan majlis pada hari ini dan terima kasih kepada peniaga-peniaga yang memberi kerjasama yang baik.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak