PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 5hb Mac 2024 yang lalu telah berlangsung Majlis Taklimat kepada Pelesen-pelesen Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI di mana majlis ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pengundian Tapak Bazar Ramadan 2024 Anjuran PUBI Perak
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke Majlis ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Rahman dan Bendahari Persatuan iaitu Saudara Mohammad Nafis bin Zamah Sari dan Ahli Jawatankuasa En Khairul Akhmal.
Perasmian Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Clr. Datuk Mazlan bin Abd Rahman selaku Ketua Whip Ahli Majlis MBI. Taklimat pada hari tersebut telah disampaikan oleh Dr. Pathma Sree Rama Reddy dan Pn. Chang Siew Yee dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Ustaz Mohd Albar bin Mhd Hassan dari Bahagian Halal, Jabatan Agama Islam Perak, En. M. Raman a/l Maran dari Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI, En Aswad bin Abd Rashid wakil dari syarikat Biovisma Sdn. Bhd. rakan strategik ekonomi kitaran MBI dan wakil dari Maybank Perak.
Klinik Jannah Meru juga turut hadir membuka booth promosi bagi mana-mana peniaga yang hendak mendapatkan suntikan anti-typhoid pada harga istimewa.
Seramai 700 pelesen bazar ramadan menghadiri taklimat ini termasuklah peniaga-peniaga yang berniaga di bawah Bazar Ramadan anjuran PUBI Perak iaitu di Bazar Ramadan Station 18 dan juga Taman Temara.
Tahniah kepada pihak MIBI kerana berjaya menganjurkan sebuah program yang sangat berjaya dan Program ini membuktikan komitmen dan usaha MBI dalam memberi penerangan dan kesedaran supaya makanan yang sedia dan dipamer untuk jualan oleh peniaga-peniaga Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MBI adalah bersih, selamat, penyediaan makanan yang halal dan berkualiti untuk dimakan.
Semoga melalui taklimat yang disampaikan risiko keracunan makanan di Bazar-Bazar Ramadan dapat dielakkan.
Konsep Bazar Ramadan MBI Mesra Alam melalui aktiviti kitaran ekonomi juga akan dijalankan iaitu galakkan penggunaan bungkusan makanan jenis biodegradable dan membawa bekas makanan sendiri oleh pengunjung bazar selain kutipan Minyak Masak Terpakai untuk dijadikan ‘bio-fuel’ dilaksanakan oleh rakan strategik MBI iaitu Biovisma Sdn. Bhd.
Bagi menggalakkan penggunaan bayaran tanpa tunai/e-wallet dalam urusan jual beli dengan usahasama Maybank dan program MySafeFood@Ramadan2024 iaitu agihan lebihan makanan yang tidak terjual akan dikumpul oleh Pemuda Gema Perak dan akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Semoga aktiviti seumpama ini akan terus merancakkan sasaran Bandar Rendah Karbon dan seterusnya mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera 2030.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI