HARI RAYA – PM KETUAI TAKBIR RAYA, TSMY BUAT RAKYAT MALAYSIA SEBAK

Gembira bercampur sebak, itulah rata-rata perasaan seluruh umat Islam yang menyambut hari raya puasa pada tahun ini, apabila ramai dalam kalangan tidak dapat berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Lebih mengharukan, pada tahun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengetuai bacaan takbir yang turut dihadiri oleh menteri kabinet lain bersama pimpinan kerajaan, dengan mengikut penjarakan sosial.

https://www.facebook.com/watch/?v=254747372274002
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Dari PUBI Perak –>

PERDANA MENTERI KETUAI TAKBIR RAYA

Antara yang kelihatan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Mendengar alunan takbir penuh syahdu Tan Sri Muhyiddin Yassin, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak bercampur terharu kerana berbangga Perdana Menteri sendiri mengetuai takbir raya.

Sayu pertama kali dengar PM ketuai takbir;

Inilah pemimpin yang kita mahukan;

Ni negara Islam yang sepatutnya;

Rakaman ini dibuat sebelum beliau dikuarantin selepas salah seorang daripada pegawai tinggi kerajaan disahkan positif COVID-19 dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu.

Sumber: Astro Awani via ohmymedia