PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 09hb Februari 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan operasi mengukur tapak bagi pelaksanaan Festival Riang Raya yang bakal berlangsung di Bazar Ipoh @ Silveritage pada 12hb April sehingga 2hb Mei 2022 akan datang.

Untuk makluman semua, Pihak Maju Perak telah melantik Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) sebagai penganjur bagi festival ini dan akan bekerjasama secara strategik bagi menjayakan acara tahunan yang pastinya akan gemilang pada tahun ini.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kunjung Hormat Ke Pejabat Sekretariat Usahawan Negeri Perak

Sebanyak 61 tapak akan disediakan oleh pihak persatuan kepada vendor atau peniaga yang ingin menyediakan jualan hebat bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfiri yang pastinya kan meriah pada tahun ini.

Dijangka pelbagai jualan sempena sambutan hari raya aidilfitri seperti Baju Raya, Biskut Raya, Kueh Raya, Songkok, Kelengkapan wanita, aksesori serta kelengkapan raya bagi kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Antara fasiliti dan acara/kempen yang disediakan oleh PUBI Perak sepanjang festival ini berlangsung adalah kelengkapan DJ dan pengacara majlis setiap hari iaitu pada Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 petang sehingga tengah malam manakala pada Sabtu dan Ahad bermula dari jam 12 tengah hari sehingga tengah malam.

Selain itu pihak PUBI Perak juga akan menyediakan sistem siar raya (Speaker) di sekitar kawasan festival bagi memutarkan lagu-lagu raya untuk membangkitkan mood raya kepada para pengunjung serta peniaga yang ada.

Tidak ketinggalan, sebagai tarikan kepada pengunjung, Pihak PUBI Perak akab menyediakan acara Cabutan Bertuah di mana hadiah utama cabutan bertuah ini berupa loket emas.

Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak sedang meneliti plan serta lay out khemah bagi Festival Riang Raya yang dirancang ini.

Antara perkhidmatan lain yang akan disediakan adalah siskaun Grab kepada pengunjung yg datang menaiki Grab ke Festival Riang Raya ini serta diskaun pembelian sekiranya pengunjung membuat bayaran melalui QR Code Maybank di mana setiap lot perniagaan akan disediakan QR Code oleh pihak Maybank.

Promosi berkaitan Festival Riang Raya 2022 yang bakal berlangsung ini sedang giat dijalakan dan dijangka Banner & Banting festival akan diletakkan tidak lama lagi di sekitar kawasan Festival Riang Raya.

Semoga festival ini akan memberi impak ekonomi yang besar kepada penduduk setempat serta mampu memulihkan ekonomi negara yang suram setelah pasca Covid-19 ini disamping melahirkan usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak